Now Reading
[Video] Pengguna TikTok Tuduh Polis Korup Kini Diburu

[Video] Pengguna TikTok Tuduh Polis Korup Kini Diburu

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut tentang suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Hazimah di talian 03-55202222.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seorang pengguna aplikasi TikTok menjadi buruan pihak polis selepas membuat dakwaan ‘polis korup’ menerusi akaun TikTok miliknya baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan berkata tindakan wanita berkenaan dikatakan akibat tidak berpuas hati apabila dihalau keluar keluar dari rumah sewanya yang terletak di Pangsapuri Sri Alam, Shah Alam.

Hasil siasatan pihak polis mendapati, pemilik asal rumah berkenaan buat laporan polis kerana suspek yang viralkan video di TikTok tersebut didapati enggan keluar daripada rumah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib menerusi Utusan Malaysia.

Memetik laporan Utusan Malaysia, pihak polis menjelaskan bahawa pengadu membuat laporan memberitahu membenarkan wanita berkenaan menghuni secara ihsan, namun dia juga telah diberi notis selama dua bulan supaya berpindah daripada rumah tersebut.

Menerusi sebuah video, wanita itu memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati ketika ingin menyewa rumah.

Dia juga mendakwa bahawa pemilik rumah tidak boleh dipercayai, dan polis akan membuat tangkapan sewenang-wenangnya.

Wanita itu menambah bahawa dia hanya kelewatan membayar sewa rumah selama sebulan, namun pemilik rumah telah menghantar anggota polis beruniform.

Dia juga mendakwa bahawa pemilik rumah telah melanggar perjanjian penyewaan dengan meningkatkan kadar sewa.

Polis corrupt.. Sekarang masuk line property pula…hati-hati guys kalau hendak sewa rumah. Semak habis-habis siapa (pemilik rumah). Sekarang ini keluarga pun tak boleh percaya. (Polis) kalau pengadu salah, gari sahajalah. Sri Alam Condo Shah Alam. Lewat bayar sewa sebulan. Hebat kan owner send polis beruniform. Senang-senang owner naikkan sewa, kemudian agreement tak mahu tunjuk kot2 tukar owner ke, aku sempat selamat TV Samsung sahaja, lain mak pengadu rembat semua. Sekarang tidur dalam kereta.

Wanita yang mendakwa dirinya tidak dilayan secara adil.

Mengulas lanjut, Baharudin menjelaskan pihaknya kini sedang mengesan wanita terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Hazimah di talian 03-55202222.

Siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek (pemilik akaun TikTok tersebut) yang telah keluar daripada rumah berkenaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib menerusi Utusan Malaysia.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd