Now Reading
TikToker Terkenal Meninggal Pada Usia 24 Tahun Gara-gara Terlampau Stres

TikToker Terkenal Meninggal Pada Usia 24 Tahun Gara-gara Terlampau Stres

TikToker bernama Joyce Culla itu menghidap penyakit Brain Aneurysm yang menyebabkan pembengkakan pada salur darah di bahagian otak sehingga pecah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kematian secara mengejut kini bukan sahaja berlaku kepada warga emas, malah kes seperti ini juga sudah kerap kali berlaku kepada golongan muda.

Ajal tidak mengenal usia. Tetapi apa yang menjadi punca kematian golongan muda ini semakin meningkat?

Antara faktor yang menjadi punca peningkatan ini adalah apabila seseorang itu terlampau tertekan sehingga mengakibatkan kerosakan pada bahagian otak.

Meninggal dunia akibat Brain Aneurysm

Situasi ini juga berlaku kepada seorang gadis berusia 24 tahun iaitu Joyce Culla yang terkenal di platform TikTok dengan jumlah pengikutnya seramai 1.6 juta orang.

Gadis ini yang juga bekerja sebagai jururawat dilaporkan meninggal dunia pada 2 April lalu akibat salur darah yang bengkak (Brain Aneurysm) dan pecah di bahagian otak.

Menurut sumber, gadis ini berada dalam keadaan yang sangat tertekan selepas teman lelakinya didapati curang dengan wanita lain.

Dalam pada masa sama, tekanan di tempat kerja juga menyebabkan dia berasa agak stres.

Walaupun situasi yang dilalui memberi tekanan, namun gadis dikenali sebagai Culla ini berjaya menyembunyikan keperitannya.

Disebabkan terlalu stres dan tidak cukup tidur, Culla telah dimasukkan ke hospital selepas tidak menyedarkan diri.

Beberapa hari kemudian, Culla disahkan meninggal dunia akibat salur darah yang bengkak didapati sudah pecah di dalam otak.

Culla disahkan menghidap Brain Aneurysm atas faktor keturunan, tekanan darah tinggi dan trauma.

Apa itu Brain Aneurysm?

Brain Aneurysm adalah pembengkakan pada dinding salur darah arteri yang lemah ketika menyalurkan darah ke otak.

Pembengkakan salur darah itu juga boleh menyebabkan ianya pecah dan membentuk darah beku pada bahagian otak.

Kerosakan otak dan kematian boleh berlaku bergantung kepada tahap keterukan darah beku tersebut.

Punca Brain Aneurysm

Penyakit ini boleh dihidap oleh seseorang berdasarkan beberapa faktor seperti berikut:

  • Faktor keturunan
  • Pernah mengalami pembengkakan di mana-mana salur darah dalam badan
  • Jantina – wanita lebih berisiko tinggi untuk mendapat Brain Aneurysm
  • Menghidap darah tinggi
  • Merokok

Simptom Brain Aneurysm

Antara tanda-tanda seseorang itu mengalami penyakit ini adalah seperti berikut:

  • Kerap sakit kepala
  • Sering loya dan muntah
  • Hilang keseimbangan ketika berjalan dan koordinasi normal
  • Leher kejang
  • Anak mata hitam menjadi lebih besar
  • Sensitif terhadap cahaya
  • Pandangan menjadi kabur secara tiba-tiba
  • Kelopak mata hampir tertutup
  • Sering berada dalam kekeliruan
  • Sawan
Sumber: Pharmanewsonline

Cara untuk mengatasi

Penyakit ini masih boleh diatasi dengan beberapa cara. Namun jika seseorang itu menghidap Brain Aneurysm atas faktor keturunan, mungkin langkah ini juga dapat mengurangkan risiko tinggi.

Antara langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:

  • Elakkan tabiat merokok
  • Elakkan daripada terlalu tertekan atau terlampau mengikut perasaan
  • Kurangkan tekanan darah tinggi

Kita nak guna badan kita ini dalam tempoh yang agak lama. Jadi, jagalah kesihatan diri dan juga keadaan mental dengan baik.

Jika anda mempunyai apa-apa petanda atau simptom yang kurang menyenangkan, lebih baik segera berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan sebelum keadaan bertambah buruk.

BACA JUGA: Skybi Tawar Perkhidmatan Kesihatan Mental Dalam Talian Secara Percuma


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd