Now Reading
Skybi Tawar Perkhidmatan Kesihatan Mental Dalam Talian Secara Percuma

Skybi Tawar Perkhidmatan Kesihatan Mental Dalam Talian Secara Percuma

Inisiatif pemeriksaan kesihatan mental dan konsultansi percuma dilancarkan bagi menangani keperluan kesihatan mental individu dan golongan berisiko.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kesan buruk akibat pandemik Covid-19 sepanjang dua tahun lalu telah membuka mata akan kepentingan penambahbaikan penjagaan kesihatan mental di Malaysia dari beberapa segi, termasuklah kesedaran, ketercapaian, kos, dan kualiti.

Kadar bunuh diri di Malaysia meningkat hampir 150% dalam tempoh separuh pertama tahun 2021 berbanding tahun lepas – tanda jelas kemerosotan kesihatan mental.

Menyedari kepentingan menangani hal ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan sejumlah wang bagi menambah baik pendigitalan perkhidmatan kesihatan mental melalui teknologi bagi memperluas capaian.

Kredit: Unsplash

Skybi – Platfrom Digital Untuk Perkhidmatan Mental Dalam Talian.

Bagi menyokong usaha ini, Skybi – sebuah platform perkhidmatan mental dalam talian telah melancarkan dua inisiatif baharu iaitu Pemeriksaan Kesihatan Mental Percuma untuk Semua dan Program Khidmat Masyarakat Kesihatan Mental Skybi.

Ini bertujuan tujuan untuk menjadikan penjagaan kesihatan mental lebih tercapai untuk golongan-golongan yang paling berisiko dan terkesan – sama ada dalam golongan B40 atau mereka dengan mempunyai keadaan khusus.

Melalui program tersebut, Skybi memperuntukkan enam sukarelawan daripada golongan profesional dan pelatih kesihatan mental bagi menyediakan konsultasi kesihatan mental secara percuma untuk mereka di seluruh negara melalui platform dalam talian.

Sehingga kini, program tersebut telah memberi kesan positif kepada ramai individu menjurus kepada rancangan untuk menjadikannya sebuah program kekal.

Program Khidmat Masyarakat Kesihatan Mental Skybi pula menawarkan harga serendah RM10 untuk membolehkan sesi terapi mampu dihadiri oleh mereka dengan masalah kewangan, tanpa mengurangkan kualiti perkhidmatan.

Melalui perkhidmatan khidmat masyarakat ini, Skybi telah bekerjasama dengan Uni Enrol & Edukaji bagi menyediakan para pelajar dengan bengkel-bengkel kemahiran insaniah.

Selain itu, Skybi juga mengadakan webinar percuma untuk golongan terabai dengan mendidik mereka mengenai kesihatan mental dan membuang stigma berkaitan meminta bantuan untuk kesihatan mental.

Antara topik yang telah dibincangkan termasuk pencegahan bunuh diri, pengurusan tekanan serta Bengkel Bantuan Kecemasan Psikologi untuk guru-guru dan penjaga bagi membantu mereka mengenal pasti mereka yang memerlukan sokongan dari segi emosi. 

Skybi juga menawarkan perkhidmatan kepada golongan bekerja seperti perkhidmatan kesihatan mental staf korporat dan sokongan untuk pasukan HR bagi menilai pekerja mereka dengan penilaian psikologi dan karier melalui analisa sikap dan keperluan staf.

Ini bagi membantu pasukan kerja mereka beradaptasi dan bersedia menghadapi persekitaran yang sentiasa berubah disebabkan revolusi industri dan pandemik.

Kini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa terdapat keperluan mendesak untuk peningkatan penjagaan kesihatan mental. Hal ini terutamanya untuk mereka yang berpendapatan rendah dan mungkin lebih berisiko tinggi namun kadang-kadang tidak mampu untuk mendapatkan bantuan profesional untuk kesihatan mental mereka. Memahami perkara ini, Skybi telah mengambil langkah untuk tidak hanya melancarkan kempen sementara bagi menangani masalah ini, tetapi juga menjadikan program jangkauan untuk kesihatan mental teras utama organisasi kami.

Kai Lin Ng, Timbalan Presiden Operasi Skybi dan pengamal kesihatan mental berdaftar dengan lebih 10 tahun pengalaman.

Menyedari bahawa semua rakyat Malaysia memerlukan akses kepada penjagaan kesihatan mental, Skybi menawarkan perkhidmatan kesihatan mental dalam talian yang mengutamakan kos berpatutan dan penjagaan profesional berkualiti.

Melalui sebuah platform digital, Skybi dapat mendekati rakyat Malaysia dari seluruh pelosok negara melalui sesi yang dianjurkan mereka walaupun di lokasi terpencil. 

Sistem dalam talian itu juga membolehkan sesi dijalankan pada pelbagai tempoh masa untuk disesuaikan dengan jadual kerja dan kehidupan rakyat Malaysia yang pelbagai.

Sebagai tambahan, sistem janji temu dan terapi dalam talian ini juga membolehkan klien mendapatkan bantuan daripada keselesaan rumah atau ruang peribadi mereka sendiri, seterusnya membantu mereka mengelak daripada stigma yang sering dikaitkan dengan bantuan kesihatan mental.

Sekiranya anda memerlukan sokongan atau kaunseling Skybi, anda boleh menghubungi mereka menerusi aplikasi WhatsApp di +6011-1984 4028, atau hantarkan emel ke enquiry@myskybi.com.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan mereka, sila layari https://myskybi.com/


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd