[Terkini] AirAsia Tampil Perjelas Isu Penerbangan KL-Tawau Terpaksa Mendarat Di Kuching Akibat Seekor Ular
Pesawat tersebut dilaporkan berada dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Siapa yang pernah tengok filem Hollywood bertajuk ‘Snakes On A Plane‘ mesti akan rasa macam nightmare sekiranya kejadian tersebut terjadi dalam dunia realiti.
Tapi, siapa sangka baru-baru ini tular satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (edal8808) apabila seekor ular dilihat berada di sebuah pesawat penerbangan.
Penerbangan domestik AirAsia AK5748 dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah didakwa terpaksa dilencongkan ke Kuching, Sarawak apabila seorang penumpang menemui seekor ular di dalam pesawat berkenaan.
Berikutan kejadian itu, pesawat tersebut terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Kuching.
@edal8808 Kelihatan seekor ular dalam pesawat dlm penerbangan dari KL ke Tawau. Pesawat terpaksa emergency landing di AirPort Kuching #fyp
♬ Suspense Music – Sound Collective
Semakan pada FlightRadar24 menunjukkan sebuah Airbus 320 mempunyai nombor pesawat sepadan dengan video tular semalam (10 Februari) yang dikhabarkan telah dilencongkan ke Kuching semasa dalam perjalanan ke Tawau dari Kuala Lumpur.
Kenyataan dari AirAsia
Pihak TRP telah menghubungi AirAsia atau Capital A dan Ketua Pegawai Keselamatan Kapten Liong Tien Ling memberitahu pihak mereka sedia maklum dengan insiden berkenaan.
Ini adalah kejadian yang sangat jarang berlaku dan boleh terjadi pada mana-mana pesawat dari semasa ke semasa. Kapten mengambil tindakan sewajarnya dan penerbangan akan berlepas ke Tawau secepat mungkin.
Ketua Pegawai Keselamatan Kapten Liong Tien Ling.
Beliau berkata keputusan untuk melencongkan pesawat ke Kuching adalah sebagai langkah berjaga-jaga untuk membersihkan pesawat tersebut.
Kapten Liong turut memberitahu tiada penumpang yang cedera tetapi tidak memaklumkan keadaan ular berkenaan.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.