Now Reading
Perenang Malaysia, Cindy Ong Berjaya Kalahkan Pemegang Rekod Renang Gaya Bebas Negara

Perenang Malaysia, Cindy Ong Berjaya Kalahkan Pemegang Rekod Renang Gaya Bebas Negara

Untuk menyertai Malaysia Open, atlet yang ingin bertanding perlu mempunyai 500 mata Fina tetapi Cindy sudah mempunyai 700 mata Fina.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Malaysia sudah banyak melahirkan wanita yang berjaya seperti Datuk Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman dan Tan Sri Datuk Seri Michelle Yeoh yang telah tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2022.

BACA JUGA: 2 Wanita Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 50 Over 50 : Asia 2022. Tahniah!

Dalam bidang sukan pula, Cindy Ong yang merupakan perenang kebangsaan pernah menewaskan seorang perenang negara iaitu Angelina Chan dan pemegang rekod gaya bebas 50 meter Chui Lai Kwan dalam Supersharkz Short-course Sprint anjuran Kelab Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam pada dan 5 Disember 2021.

Ibu kepada tiga orang anak ini telah mengalahkan lawannya dengan masa 26.72 saat, diikuti 26.83 oleh Lai Kwan dalam acara gaya bebas 50 meter kategori 18 ke atas.

Selain itu, Cindy juga merupakan perenang gaya bebas 50 meter nombor satu di dunia dalam kategori wanita 35-39.

Sumber: Facebook New Wave Swimming Club

Cindy memberitahu kepada media bahawa dia tidak merancang untuk bersara dalam industri akuatik apabila melihat pencapaian kali terakhirnya mewakili kebangsaan adalah pada SEA Games 2001.

Bagi perancangan yang seterusnya, Cindy ingin bertanding dalam 97th Malaysia Open Athletics Championships yang akan diadakan pada 4 hingga 6 Mei 2022.

Sumber: Harian Metro

Cindy disekat untuk bertanding

Baru-baru ini, Cindy dimaklumkan oleh Persekutuan Renang Malaysia bahawa dia tidak lagi dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan tersebut, walaupun telah memenuhi syarat yang ditetapkan.

Mereka beritahu kepada saya yang perenang amatur akan dikecualikan daripada menyertai Malaysia Open. Agak pelik juga sebenarnya sebab tak pernah lagi berlaku sebelum ini.

Perenang Kebangsaan, Cindy Ong.

Untuk menyertai Malaysia Open, atlet yang ingin bertanding perlu mempunyai 500 mata Fina tetapi Cindy sudah mempunyai 700 mata Fina.

Pemarkahan Mata Fina memberikan nilai kepada tahap persembahan renang atlet. Maknanya, makin banyak mata, makin tinggi nilai persembahan perenang itu.

Sumber: Malay Mail

Bagi Cindy, penting untuk dirinya menyertai Malaysia Open kerana boleh memberi peluang kepada dirinya untuk bertanding dalam SEA Games Di Hanoi pada bulan Mei tahun ini.

Kalau saya dapat bertanding di Hanoi, saya pasti akan buat yang terbaik untuk membawa nama baik negara.

Perenang Kebangsaan, Cindy Ong.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd