Now Reading
Gadis 12 Tahun Dari Malaysia Hasilkan Kek Satay Dalam Rancangan Junior Bake Off

Gadis 12 Tahun Dari Malaysia Hasilkan Kek Satay Dalam Rancangan Junior Bake Off

Dalam episod “Dessert Imposter”, Aisya dinobatkan sebagai Star Baker.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Ingat lagi tak trend apabila semua benda dijadikan sebagai kek? Menurut New Straits Time, gadis berusia 12 tahun bernama Aisya Syahrul telah menghasilkan hidangan Malaysia iaitu Satay untuk cabaran “Dessert Imposter” dalam rancangan Junior Bake Off.

BACA JUGA: Chef Ping Coombes Dari Malaysia Menang Pertandingan Masterchef Lawan Juara Yang Lain

The British Bake Off memuat naik gambar kek itu di media sosial mereka pada 21 Januari lalu dan memuji bakatnya dalam episod yang bertemakan pencuci mulut.

Diinspirasikan daripada siri popular Channel 4 iaitu The Great British Bake Off, Junior Bake Off adalah rancangan televisyen melibatkan 16 kanak-kanak muda dan berbakat dalam membuat pencuci mulut.

Rata-rata peserta yang berada dalam linkungan 9 hingga 15 tahun ini perlu menghadapi beberapa siri cabaran seperti menghasilkan kek, roti, biskut dan pastri.

Pada episod kesembilan rancangan ini yang bertemakan pencuci mulut, peserta perlu menyediakan dessert yang kelihatan seperti makanan tetapi hidangan itu bukanlah pencuci mulut. Sebab itulah cabaran tersebut digelar sebagai “Dessert Imposter”.

Nampak macam satay tapi bukan satay. Jangan tertipu dengan rupa itu.

Menggabungkan kemahiran membakar dan warisan Malaysia, Aisya tampil dengan kek realistik yang kelihatan seperti hidangan tradisional Malaysia, Satay Ayam.

Dihidangkan di atas daun pisang dan lidi, pencuci mulut ini menampilkan beberapa doh biskut satay ayam dan sos karamel serta ditaburi kacang tanah pada kuah kacang.

Dia juga berjaya menghasilkan butiran yang sangat teliti pada timun dan hirisan bawang. Memang sangat menakjubkan, Aisya!

Di ruangan komen tweet oleh British Bake Off itu, ramai rakyat Malaysia yang meluahkan rasa bangga dan memberi sokongan kepada Aisya.

Menetap di Manchester, Aisya gemar menggabungkan warisan Melayu ke dalam masakan dengan mengambil petua daripada neneknya yang sering membuat panggilan video dari Malaysia.

Aisya mula mempelajari kemahiran membakar bersama ibunya dengan membuat karipap Malaysia.

Aisya Syahrul tersenyum manis di Britain’s Junior Bake Off (JBO).
Kredit: NST (Carl Palmer)

Buat masa ini, Aisya kini berada dalam suku akhir rancangan itu dan bakal bersaing dengan enam peserta berbakat yang lain.

Pertandingan akhir akan diadakan pada 28 Januari di mana salah seorang daripada mereka bakal dinobatkan sebagai juara Bake Off Junior.

BACA JUGA: 2 Wanita Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 50 Over 50 : Asia 2022. Tahniah!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd