Now Reading
Chef Ping Coombes Dari Malaysia Menang Pertandingan Masterchef Lawan Juara Yang Lain

Chef Ping Coombes Dari Malaysia Menang Pertandingan Masterchef Lawan Juara Yang Lain

Siapa sangka Ayam Clay Pot dan Ais Kacang boleh tawan dan pikat hati juri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Boleh dikatakan setiap rakyat Malaysia memang bangga dengan hidangan tempatan. Malaysia memang syurga makanan. 😍 

Roti canai, roti jala, nasi kandar, nasi kandar, pulut kuning, rendang ayam dan pelbagai lagi.

Kepelbagaian makanan kita juga adalah simbolik kepada pelbagai budaya yang ada di Malaysia.

Namun, siapa sangka keunikan hidangan Malaysia ini boleh memberi kemenangan kepada seorang chef kelahiran Malaysia iaitu Ping Coombes.

Kredit: Instagram Ping Coombes

Hidangan tersebut telah membolehkan dirinya membawa pulang mahkota Juara daripada pertandingan MasterChef’s Champion of Champions.

Sememangnya kemenangan ini tidak dijangka kerana dia juga perlu bersaing dengan juara-juara MasterChef pada musim yang lain seperti Tim Anderson, Saliha Mahmood-Ahmed, Kenny Tutt dan Irini Tzortzoglou.

Kredit: Instagram Ping Coombes

Ayam Clay Pot dan Ais Kacang tawan hati juri

Terdapat dua cabaran yang perlu dihadapi oleh para juara dalam pertandingan itu.

  • Mencipta hidangan yang mereka kenali.
  • Mencipta dua hidangan terbaik mereka.

Kesemuanya perlu disiapkan dalam 2 jam 15 minit!

Nak tahu apa yang dihidangkan oleh chef Ping Coombes?

Ayam Clay Pot dan Ais Kacang!

Apa yang membuatkan Ayam Clay Pot ini lebih istimewa adalah apabila dia menggunakan ayam Guinea, sosej, nasi cendawan shiitake, dan ditambah limau nipis, halia serta gel cili.

Dia juga menghidangkan nasi yang agak rangup dengan serpihan udang kering di tepinya.

Untuk hidangan Ais Kacang, chef Ping Coombes menggantikan sirap berperisa mawar dengan meringue berperisa mawar dan mousse berperisa jagung.

Alamak, terliur pula!

Juri yang merasa pun pastinya terpukau, kagum dan terkedu bila merasa hidangan ini.

Kami mengucapkan tahniah kepada chef Ping Coombes atas kemenangan dalam pertandingan MasterChef’s Champion of Champions.

Women support women!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd