Now Reading
[Video] Mangsa Banjir Terkilan Barang Dibuang Sesuka Hati Oleh Sukarelawan

[Video] Mangsa Banjir Terkilan Barang Dibuang Sesuka Hati Oleh Sukarelawan

Kalau diikutkan, barang-barang yang dibuang itu sebenarnya masih boleh digunakan lagi sekiranya dibaiki dan dibersihkan semula.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Rumah yang dilanda banjir sememangnya mengambil masa yang agak lama untuk dikemas. Lebih-lebih lagi jika banyak barang yang disimpan sebelum ini.

Dengan adanya bantuan sukarelawan yang datang bantu mengemas, sedikit sebanyak dapat meringankan beban tuan rumah bagi membersihkan semula kediaman mereka.

Tidak dinafikan pertolongan daripada sukarelawan memang diperlukan, namun dikatakan terdapat segelintir daripada mereka yang agak ‘membebankan’ mangsa banjir.

BACA JUGA: Sukarelawan Tegur Beberapa Kekurangan Untuk Diperbaiki Di PPS

Barang dibuang sewenang-wenangnya

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @buletin3minit, seorang wanita dikenali sebagai Azie Husin yang merupakan mangsa banjir meluahkan kekecewaannya terhadap sikap segelintir sukarelawan.

Menurutnya, dia agak sedih apabila melihat beberapa sukarelawan merosakkan barangnya sesuka hati ketika mereka datang bantu mengemas rumahnya yang dilanda banjir baru-baru ini.

Kredit: Youtube MalaysiaGazette TV

Bukan itu sahaja, ada juga beberapa barang yang terus dibuang ke dalam plastik sampah tanpa bertanya terlebih dahulu kepada tuan rumah.

Kalau diikutkan, barang-barang yang dibuang itu sebenarnya masih boleh digunakan lagi sekiranya dibaiki dan dibersihkan semula.

Setiap pertolongan kita, ada yang sangat menyusahkan dan ada yang sangat menyenangkan. Tapi ini kategori menyusahkan. Saya betul-betul bagitahu.

Azie Husin.
Kredit: Youtube MalaysiaGazette TV

Barang keperluan yang disimpan berpuluh-puluh tahun semuanya dikatakan sudah rosak selepas rumahnya dikemas oleh sukarelawan.

Pinggan mangkuk boleh dicuci, apa salah pinggan mangkuk tu? Periuk belanga saya semua dibuang ke dalam tong sampah.

Azie Husin.
Kredit: Youtube MalaysiaGazette TV

Disebabkan kesal ada sesetengah barangnya dibuang, wanita ini terpaksa memunggah semula plastik sampah dan mengambil barang miliknya yang masih elok untuk dicuci.

Kita orang kampung, bukannya menteri yang ada duit berjuta-juta. Itu pun kalau kita ada kerja. Jual pisang setandan, dapat RM50 barulah boleh beli barang ini semua.

Azie Husin.
Kredit: Youtube MalaysiaGazette TV

Di akhir video tersebut, wanita ini memberi pesanan kepada para sukarelawan untuk bertanya dahulu kepada tuan rumah dari segi pertolongan yang boleh menyenangkan urusan.

Kalau betul-betul niat nak tolong, tanya tuan rumah dulu. Apa patut buat dan cara membuatnya. Itu cara membantu yang menyenangkan. Bukan menyusahkan.

Azie Husin.
https://www.tiktok.com/@memes.puaka/video/7046702062444334363?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8%2BTXRBD4lqYtivDLuVNKPvsZ3upZMU3k%2BZZC31jz5o5bLw2U%2FSveyM%2B0%2FwOyotQGFROONgXI4RXCm%2F2urGgA%3D&language=en&mid=7046702155696179995&preview_pb=0&region=MY&share_app_name=tiktok&share_item_id=7046702062444334363&source=h5_t&timestamp=1640751113&u_code=dbg7j3706lab9c&user_id=6809102996343342081&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1

Netizen tekankan tentang adab dalam membantu

Di ruangan komen video tersebut, ramai yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh wanita berkenaan kerana bukan semua orang mampu untuk membeli barangan baru.

Kredit: TikTok @buletin3minit

Ada juga yang memberi beberapa teguran kepada para sukarelawan untuk mengutamakan adab ketika membantu mangsa banjir.

Kredit: TikTok @buletin3minit

Lebih baik bertanya dahulu kepada tuan rumah sebelum buat apa-apa keputusan melibatkan harta benda orang lain.

Kredit: TikTok @buletin3minit

Tak apa, belajar dari kesilapan. Mungkin para sukarelawan terlalu bersemangat untuk membantu tetapi terlepas pandang beberapa perkara.

Harapnya sukarelewan selepas ini boleh mengambil iktibar dari nasihat yang diberikan oleh salah seorang mangsa banjir ini.

Kalau boleh kita nak semua orang gembira. Tuan rumah senang hati tengok rumah sudah bersih dan kemas, para sukarelawan pun gembira dapat menolong.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd