Now Reading
[Video] Jiran Sanggup Redah Air Banjir Demi Selamatkan Wanita Bersalin & Bayinya

[Video] Jiran Sanggup Redah Air Banjir Demi Selamatkan Wanita Bersalin & Bayinya

Kedengaran suara bayi menangis selepas baru sahaja dilahirkan oleh seorang wanita di dalam rumahnya yang sedang banjir.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Banjir yang berlaku di sekitar Semenanjung Malaysia membuatkan ramai yang hiba kerana ada di antara mereka yang terpaksa berada dalam kesejukan di atas bumbung bersama anak kecil.

Ada juga yang tidak sempat menyelamatkan orang tua mereka untuk naik ke atas bumbung.

Macam-macam kisah sedih yang kita dengar. Tak boleh bayangkan kalau perkara itu terjadi pada keluarga kita sendiri.

BACA JUGA: Kanak-kanak Boleh Trauma Akibat Banjir Jika Tidak Dirawat Dengan Betul

Wanita bersalin dalam rumah ketika banjir

Menerusi video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @tutynoormalina, kedengaran seorang wanita menjerit meminta tolong dari dalam rumahnya yang dinaiki air banjir.

Difahamkan paras air ketika itu sudah mencecah leher.

Ketika kejadian, wanita itu baru sahaja melahirkan anak dalam kandungan lalu meminta pertolongan daripada jiran-jiran.

Jelas juga kedengaran suara bayi sedang menangis. Memang ramai yang sudah risau ketika itu.

Berikutan itu, beberapa orang jiran berusaha meredah air di paras leher dan cuba memanjat tembok rumah wanita berkenaan bagi menyelamatkan mangsa dan bayi yang baru lahir.

Berkat pertolongan daripada jiran tetangga, wanita itu bersama bayinya kini sudah berjaya diselamatkan.

@tutynoormalina

Tik tok dah reived video yg tadi! Sorry guys! Tq atas doa kalian! #fyp #foryourpage

♬ original sound – tutynoormalina – tutynoormalina

Video yang meraih 690,600 jumlah tontonan ini sebenarnya telah dimuat naik semula oleh pemiliknya kerana TikTok dikatakan telah memadam video sebelum ini.


Ada jiran yang baik pun dikira rezeki, betul tak? Semoga Tuhan membalas kebaikan jiran-jiran yang menolong wanita ini.

Tak dapat nak bayangkan perasaan ibu mengandung itu yang terpaksa bersalin ketika dalam keadaan banjir.

Kami doakan semoga kesemua mangsa banjir kini berada di tempat yagng selamat.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd