Now Reading
Kanak-kanak Boleh Trauma Akibat Banjir Jika Tidak Dirawat Dengan Betul

Kanak-kanak Boleh Trauma Akibat Banjir Jika Tidak Dirawat Dengan Betul

Barang permainan boleh bantu hiburkan kanak-kanak ketika menghadapi waktu sukar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Tiada siapa menjangkakan diri mereka bakal menjadi mangsa bencana alam. Perkara seperti ini sudah tentu tidak diingini terutamanya kanak-kanak kecil yang tidak memahami perkara sebenar yang sedang berlaku.

Semasa banjir yang baru sahaja berlaku, kanak-kanak turut terjejas akibat kehilangan harta benda dan keselesaan rumah mereka.

Seorang sukarelawan @lilyaleesya menceritakan bahawa dia terjumpa seorang kanak-kanak menangis tanpa henti dan cuba untuk membantunya dengan lemah lembut. Menggunakan kemahiran ‘Psychological First Aid’ (PFA) untuk mengesahkan traumanya, dia berjaya membuat kanak-kanak itu berhenti menangis.

Dia menggesa orang ramai yang terserempak dengan mana-mana mangsa yang pernah melalui pengalaman trauma untuk menggunakan kaedah tindak balas ini apabila berurusan dengan mereka.

Semasa membantu budak lelaki ini dengan sebotol air dan dan tempat untuk bertenang, dia cuba meletakkan dirinya sebagai individu yang trauma dan bertanya sama ada kanak-kanak itu sedih tentang barang permainannya yang sudah hilang.

Dia mengangguk dan berjaya memberhentikan kanak-kanak itu daripada menangis dengan memberi keyakinan bahawa tiada sesiapa yang menyentuh permainan miliknya.

Sukarelawan itu menasihatkan orang ramai untuk tidak mengabaikan kesakitan yang dirasai oleh kanak-kanak kerana mereka juga terjejas dari segi psikologi.

Berikutan sokongannya terhadap kesihatan mental dan emosi kanak-kanak, dia mengumpul bebenang di laman Twitter yang membuat kutipan derma permainan untuk diberikan kepada kanak-kanak.

Dia juga memberi cadangan kepada individu yang ingin menjadi sukarelawan mangsa banjir untuk membeli atau mengumpul permainan dan mewujudkan pasukan yang boleh melakukan aktiviti bersama mereka. Aspek kesejahteraan kanak-kanak juga perlu diberi perhatian.

Kawasan banjir sekitar perumahan Taman Sri Muda. (Kredit: Fernando Fong/ TRP)

Apa itu Psychological First Aid (PFA)?

PFA adalah pendekatan bagi membantu kanak-kanak, remaja, orang dewasa, dan keluarga yang menderita akibat bencana atau keganasan.

Mereka yang terjejas disebabkan bencana mungkin bergelut atau menghadapi cabaran baharu selepas peristiwa itu. PFA direka untuk mengurangkan tekanan awal, memupuk fungsi penyesuaian dan daya adaptasi jangka pendek dan panjang.

Pendekatan tersebut termasuklah:

  • Menawarkan penjagaan dan sokongan praktikal yang meminimumkan kesan.
  • Membantu memenuhi keperluan asas seperti makanan dan minuman.
  • Mendengar dan tidak memberi tekanan kepada mereka.
  • Memujuk mereka untuk kekal tenang.
  • Membantu orang ramai dengan memberi maklumat, perkhidmatan dan sokongan.
  • Lindungi mereka daripada ancaman bahaya.

PFA bukan hanya boleh dilakukan oleh golongan profesional sahaja. Sebaliknya, memerlukan pendekatan lemah lembut untuk menenangkan mangsa tanpa memberi sebarang tekanan bagi membolehkan kita memahami apa yang telah berlaku.

Orang ramai terutamanya kanak-kanak memerlukan masa untuk memproses fikiran dan emosi mereka selepas melalui peristiwa yang memberi trauma kepada mereka.

Malah, tekanan berlebihan juga boleh menghalang pemulihan emosi.

Berikutan krisis banjir yang masih berterusan di beberapa lokasi di Malaysia, seorang penyokong kesihatan mental @AimanPsikologi turut menjelaskan tentang keperluan PFA kepada mangsa yang terjejas.

Beliau bekerjasama dengan beberapa NGO untuk mengadakan latihan kepada sukarelawan tentang kemahiran ini selain turut memberi bantuan fizikal kepada mangsa yang terjejas.

Trauma daripada krisis bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan.

Sumbangan permainan untuk kanak-kanak terjejas banjir

Sebahagian daripada #DaruratBanjir telah memberi inspirasi kepada orang ramai untuk melakukan pelbagai sumbangan dari segi makanan, wang, kit kebersihan dan perubatan, perabot, cermin mata, dan juga permainan.

Berikut adalah beberapa Sumbangan Derma Permainan untuk kanak-kanak terjejas akibat banjir yang dilakukan oleh pelbagai NGO.

Anda boleh mengetahui lebih banyak kawasan sumbangan derma berdekatan anda dalam bebenang di bawah.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd