[Video] Ramai Puji Tindakan Wanita Bantu ‘Buka’ Laluan Ambulans
Wanita itu membuat isyarat tangan kepada pemandu kereta supaya ke tepi dan beri laluan kepada ambulans.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Semua tempat ada peraturannya, termasuklah di jalan raya.
Sebagai pengguna jalan raya, kita diajar untuk menjadi pemandu yang bertanggungjawab dan bertoleransi dengan orang lain supaya lalu lintas berjalan lancar.
Tak salah kita nak beri laluan kepada pemandu lain, yang penting mereka pun menggunakan cara yang betul.
Wanita bantu buat isyarat tangan suruh ke tepi
Baru-baru ini, seorang wanita dipuji ramai apabila dia dilihat membantu sebuah ambulans di jalan raya.
Menerusi video dimuat naik oleh pengguna TikTok @asharpwaya, wanita yang sedang membonceng motosikal itu membuat isyarat tangan kepada pemandu kereta di jalan raya supaya ke tepi bagi memberi laluan kepada ambulans berkenaan.
https://www.tiktok.com/@asharpwaya/video/7038943853834964250?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&lang=enRamai puji tindakan wanita itu
Di ruangan komen video berkenaan, ramai yang memuji tindakan wanita bantu membuka laluan kepada kenderaan ambulans yang sedang bergerak pantas.


Pemandu ambulans itu juga meninggalkan komen di video tersebut dengan mengucapkan terima kasih kepada wanita yang telah membantunya.

Memang terbaiklah akak! Tak susah pun nak tolong orang, betul tak? Semoga makin ramai individu seperti wanita ini di luar sana.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.