Lelaki ‘Broken’ Sanggup Bakar Kereta Wanita Lepas Bengang Cinta Ditolak
Lelaki berusia 29 tahun itu sanggup datang ke Serdang untuk membakar kereta wanita yang tidak membalas cintanya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Ada segelintir individu yang sanggup buat perkara tidak masuk akal demi cinta. Tapi bila hati mereka tersakiti kerananya, lebih banyak perkara yang mengejutkan akan berlaku.
Pada hari Ahad lalu, seorang lelaki bertindak membakar sebuah kereta milik seorang wanita selepas cintanya tidak dibalas sejak setahun lepas.
Lelaki berusia 29 tahun itu sanggup menunggang motosikal ke sebuah pangsapuri di Taman Bukit Serdang, Kuala Lumpur dan menuang minyak ke atas kereta sebelum membakarnya menggunakan pemetik api.
Memetik laporan Sinar Harian, kejadian yang berlaku sekitar jam 5.20 pagi itu telah mengakibatkan kereta lain yang berada di sebelah turut musnah.
Kecewa cintanya ditolak, seorang lelaki gelandangan membakar kereta milik seorang wanita di pangsapuri Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan dekat sini, awal pagi kelmarin. Video tular Facebook pic.twitter.com/40jE1qCsMk
— Berita Harian (@bharianmy) December 7, 2021
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner AA Anbalagan, seorang jiran segera memaklumkan kepada pemilik kenderaan selepas terlihat kereta itu terbakar.
Ketika wanita itu turun ke lokasi kejadian, pihak bomba sudah berjaya memadamkan api.
Berdasarkan siasatan dan rakaman CCTV, pihak polis berjaya menahan suspek di Bandar Kinrara, Puchong.
Suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan didapati negatif dadah ketika saringan ujian air kencing.
Lelaki tersebut ditahan reman sehingga Jumaat (10 Disember) dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.