AstraZeneca Umum Tarik Semula Vaksin Covid-19 Di Seluruh Dunia
Keputusan penarikan balik itu yang dibuat oleh AstraZeneca pada 5 Mac lalu telah berkuat kuasa bermula semalam (7 Mei).


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ketika dunia dilanda pandemik Covid-19, terdapat beberapa jenis vaksin yang telah diberikan kepada orang ramai bagi mencegah penularan wabak tersebut
Antara vaksin yang ditawarkan untuk suntikan pertama adalah Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac, Sputnik V dan juga CanSino Biologics.
Selain itu, suntikan penggalak turut diberikan kepada orang ramai menggunakan jenis vaksin yang sama bagi menguatkan lagi imuniti badan bagi melawan virus Covid-19.
Vaksin AstraZeneca Tarik Semula Kegunaan Sebagai Vaksin Covid-19
Terbaharu, syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca telah menarik balik kebenaran pemasaran bagi kesemua vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca di seluruh dunia.
Menerusi laporan Berita Harian yang memetik Telegraph, keputusan penarikan balik itu yang dibuat pada 5 Mac lalu telah berkuat kuasa bermula semalam (7 Mei) dan membuatkan vaksin jenis ini tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah.
Perkara yang sama juga akan dilakukan di United Kingdom dan beberapa buah negara lain yang telah meluluskan pengunaan vaksin tersebut sebelum ini.
Vaksin AstraZeneca turut dikenali sebagai Vaxzevria mempunyai sejumlah lebihan yang tersedia disebabkan oleh pelbagai jenis vaksin telah dibangunkan oleh syarikat lain.

Punca Penarikan Balik Vaksin AstraZeneca Di Seluruh Dunia
Keputusan syarikat berkenaan untuk menarik semula vaksin AstraZeneca di seluruh dunia dipercayai berpunca selepas pengakuan dalam dokumen mahkamah yang menyatakan bahawa vaksin berkenaan boleh memberikan kesan sampingan berbahaya kepada tubuh badan meskipun ia jarang berlaku.
Antara pengakuan yang dikemukan kepada Mahkamah Tinggi dalam dokumen undang-undang pada Februari lalu adalah berkaitan risiko seseorang untuk mengalami pembekuan darah dan menyebabkan jumlah platelet berkurangan.
Masalah kesihatan itu dikenali sebagai ‘Thrombosis with Thrombocytopenia Syndrome‘ atau TTS.

AstraZeneca Berdepan Saman Atas Dakwaan Kesan Vaksin
Pengakuan yang dibuat oleh AstraZeneca melibatkan vaksin dikeluarkan oleh syarikat mereka itu telah memberi peluang kepada beberapa pihak untuk mengeluarkan saman.
Ini kerana vaksin tersebut yang dibangunkan bersama Universiti Oxford dipercayai membawa risiko kematian serta kecederaan serius pada kesihatan seseorang.
Sementara itu, sebanyak 51 kes telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi bagi menuntut kerugian dianggarkan berjumlah RM512 juta (£100 juta).
Baca Artikel Berkaitan: AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Sasar 150K Suntikan Harian Vaksin Pada Bulan Jun & 200K Pada Bulan Julai
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.