Now Reading
[Video] Sah Atau Tidak? Ini Hukum Rasa Ragu-ragu Ketika Berniat Waktu Solat

[Video] Sah Atau Tidak? Ini Hukum Rasa Ragu-ragu Ketika Berniat Waktu Solat

Jelas pendakwah bebas dikenali sebagai Hafiz Afandi, unsur taraddud dalam solat ditafsirkan sebagai perasaan ragu-ragu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti semua sedia maklum, setiap umat Islam diwajibkan menunaikan solat fardu lima waktu sehari seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Ibadah solat bukan sahaja boleh merapatkan hubungan kita bersama Tuhan Yang Maha Esa, malah ia juga merupakan waktu di mana seseorang itu boleh melupakan urusan dunia buat sementara waktu.

Walau bagaimanapun, kadangkala ada sahaja perkara yang membuat fikiran terganggu setiap kali ketika mahu bersembahyang.


Solat Tak Sah Jika Taraddud Semasa Berniat

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@ustazkembar) apabila seorang pendakwah bebas dikenali sebagai Hafiz Afandi berkongsi tentang hukum-hakam ketika menunaikan solat.

Umum mengetahui niat merupakan rukun solat yang kedua dan wajib dilakukan dengan betul, jika tidak ia boleh membatalkan solat.

Jelas ustaz tersebut, solat dikira tidak sah sekiranya terdapat unsur taraddud semasa sedang berniat. Kelakuan taraddud bermaksud seseorang berasa ragu-ragu ketika mahu memulakan solat.

Sumber: Pexels

Contoh mudah situasi individu bertaraddud adalah seperti berikut:

  • Seseorang berasa keliru sama ada mahu membuka pintu atau tidak selepas mendengar loceng rumah berbunyi walhal sedang berniat untuk menunaikan solat. Dalam erti kata mudah, mahu membuka pintu atau meneruskan sahaja solat?
  • Penjaga yang mendengar anak sedang menangis kemudian berfikir sama ada mahu pergi memujuk anak atau teruskan sahaja solat (semasa berniat).

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kekal Tenang Walau Diganggu Anak Ketika Solat, Raih Perhatian Netizen [Video]


Perlu Ganti Semula Solat Jika Taraddud Ketika Niat

Sekiranya situasi sebegitu berlaku, maka solat yang diteruskan dikira batal kerana mereka berasa ragu-ragu. Oleh disebabkan itu, anda harus menggantikan semula solat dengan sembahyang semula.

Di akhir perkongsian tersebut, ustaz berkenaan turut memberi peringatan kepada orang ramai tentang betapa pentingnya untuk seseorang mempunyai ilmu apabila mahu menunaikan amal ibadah kepada Allah SWT terutamanya berkaitan dengan solat.

Ilmu tersebut akan menentukan sama ada solat yang dikerjakan adalah sah atau tidak dari segi syarak.

@ustazkembar Kalau berlaku situasi ini maka solat kita terus batal dan tidak soh, jom tengok vidoe sampai habis @#pusatdakwahhaffa #haffa #ustazkembar #solat ♬ original sound – Ustaz Kembar – Haffa

Cara-cara Untuk Khusyuk Dalam Solat

Seperti yang anda semua tahu, khusyuk sewaktu menunaikan solat adalah satu aspek yang penting dalam mendapatkan keberkatan dalam ibadah.

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, khusyuk adalah perbuatan hati yang meliputi perasaan takut, rendah diri, menzahirkan perasaan hina hadapan Allah SWT, tidak berpaling ke sana-sini, serta menundukkan pandangan ketika solat.

Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk anda berasa khusyuk semasa menunaikan solat. Antaranya:

Sumber: Pexels/Unsplash
  • Menepati waktu solat
  • Membersihkan diri dan bersugi
  • Elak solat ketika juadah makanan sudah dihidangkan
  • Jangan solat dalam keadaan menahan air besar dan kecil
  • Memakai pakaian yang bersih dan kemas
  • Jangan makan dan minum berlebihan ketika nak solat
  • Tunaikan solat di tempat tiada gangguan
  • Berwuduk dengan sempurna
  • Ibaratkan solat tersebut adalah yang terakhir atau mengingati mati
  • Tidak melakukan maksiat ketika sebelum solat
  • Hayati setiap bacaan al-Quran

Baca Artikel Berkaitan: Sukar Khusyuk Solat Sebab ADHD? Ikuti 5 Petua Dr Zulkifli Buat Yang Tengah ‘Struggle’

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Tips Kekal Istiqamah Solat 5 Waktu, Mulakan Dengan Fardu Subuh Dulu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd