Now Reading
Dr Amalina Terima Anugerah Di Women Of The Future Awards United Kingdom. Tahniah!

Dr Amalina Terima Anugerah Di Women Of The Future Awards United Kingdom. Tahniah!

Dr Amalina Che Bakri dianugerahkan ‘Highly Commended’ dalam kategori profesion di UK Women of The Future Awards 2021.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Dr Amalina Che Bakri sememangnya menjadi inspirasi kepada ramai rakyat Malaysia selepas beliau berjaya mengharumkan nama negara di mata dunia.

Anak Malaysia yang kini berkhidmat di United Kingdom dalam bidang perubatan dikenali sejak tular mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu 17 A1 pada tahun 2004.

Kejayaannya berterusan apabila berjaya tamat pengajian sebagai seorang doktor di University of Edinburgh dan bekerja dalam bidang tersebut sehingga kini.

Memang inspiring betul Dr Amalina ni.

Mesti ramai yang nak berjaya macam dia kan?

Dr Amalina terima anugerah ‘Highly Commended’ dalam kategori profesion

Baru-baru ini, Dr Amalina Che Bakri berkongsi di laman Twitter miliknya bahawa dia telah mendapat anugerah dalam kategori profesion di UK Women of the Future Award 2021.

Kredit: Twitter @DrAmalinaBakri

Dalam tweet tersebut, Dr Amalina meluahkan rasa rendah diri apabila dikelilingi dengan ramai wanita muda di Britain yang datang daripada pelbagai bidang seperti perubatan, undang-undang, teknologi, STEM, sukan dan sebagainya.

Rakyat Malaysia tumpang gembira

Kejayaan yang diterima oleh Dr Amalina itu turut diraikan oleh rakyat Malaysia di ruangan komen tweet tersebut.

Kebanyakan netizen mengucapkan ucapan tahniah dan berbangga atas pencapaian yang dimiliki. Mana tidaknya, anugerah yang diperolehi itu bukan biasa-biasa.

Kredit: Twitter @DrAmalinaBakri
Kredit: Twitter @DrAmalinaBakri
Kredit: Twitter @DrAmalinaBakri

Kami pun nak mengucapkan ribuan tahniah kepada Dr Amalina Che Bakri atas penerimaan anugerah tersebut.

Semoga lebih banyak kejayaan yang diterima pada masa akan datang dan semestinya akan sentiasa membanggakan kami di Malaysia.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd