Now Reading
Viral Solat Tengah Jalan, Rupanya Lelaki Itu Lari Dari Wad Psikiatri

Viral Solat Tengah Jalan, Rupanya Lelaki Itu Lari Dari Wad Psikiatri

Pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan memakai gelang putih yang menyerupai gelang hospital.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Semalam tular satu rakaman video di mana seorang lelaki berbaju merah dilihat solat di tengah-tengah jalan sehingga menyebabkan aliran trafik sesak.

Kejadian yang berlaku di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Ipoh semalam sempat dirakam oleh pengguna jalan raya di kawasan itu.

BACA SINI: Viral Lelaki Solat Tengah Jalan, Nasib Ada Abang Polis Jaga

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh memaklumkan pihaknya yang sedang bertugas menerima maklumat tersebut sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Polis trafik di lokasi berkenaan cuba memujuk dan membawa lelaki tersebut ke stesen minyak berdekatan.

Lelaki lari daripada Hospital Selayang

Pemeriksaan mendapati lelaki itu memakai gelang putih yang menyerupai gelang hospital.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki yang berusia 30-an itu adalah pesakit psikiatri yang melarikan diri daripada Hospital Selayang.

Anggota polis kemudiannya menghubungi pihak hospital berkenaan sebelum lelaki tersebut dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd