Now Reading
Viral Lelaki Solat Tengah Jalan, Nasib Ada Abang Polis Jaga

Viral Lelaki Solat Tengah Jalan, Nasib Ada Abang Polis Jaga

Polis trafik yang ada di situ pun tak boleh nak buat apa-apa dengan lelaki berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seperti yang diketahui, semua umat Islam diwajibkan menunaikan ibadah solat lima waktu sehari.

Ibadah itu boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan kawasan di sekelilingnya bersih daripada sebarang najis.

Kalau nak lebih selesa, boleh solat di surau, masjid ataupun di rumah sendiri.

Nak solat dekat tempat letak kereta pun boleh je asalkan bersih.

Tetapi, baru-baru ini tular mengenai seorang lelaki yang melakukan ibadah solat di kawasan yang tak pernah dibuat orang.

Lelaki solat di tengah-tengah jalan

Menurut saksi kejadian yang dikenali sebagai Feriansyah Yusrif, dia terlihat seorang lelaki memakai baju berwarna merah berada di tengah-tengah jalan yang sesak dengan kenderaan.

Lelaki tersebut ketika itu dengan selambanya berjalan di atas jalan raya yang sesak seolah-olah tiada kenderaan di kawasan berkenaan.

Dia terus berjalan dan setibanya di hadapan sebuah stesen petrol, lelaki itu terus membentang sejadah dan mengerjakan ibadah solat di atas jalan raya.

Lobak Merah memaklumkan kejadian itu berlaku di hadapan salah sebuah stesen petrol di Taman Wahyu, Kuala Lumpur.

Kredit: Instagram Feriansyah Yusrif

Tindakan lelaki itu menyebabkan aliran trafik di kawasan tersebut menjadi sesak.

Walau bagaimanapun, kehadiran polis trafik dapat mengawal kesesakan jalan raya pada waktu itu.

Saksi juga berkata yang polis trafik tak dapat nak buat apa-apa kepada lelaki misteri berkenaan.

Kredit: Instagram Feriansyah Yusrif

Namun begitu, kesudahan kejadian tersebut tidak dapat dikenal pasti lagi sehingga kini selepas saksi mula beredar dari kawasan berkenaan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd