Lelaki Gigih Buat Kolam Sendiri Demi Nak Simpan Bekalan Air
Punyalah besar kolam dia itu sehinggakan air yang diisi ke dalamnya daripada pagi masih tidak penuh.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Seperti yang kita sedia maklum, warga Selangor kini berdepan dengan masalah gangguan air yang bermula sejak Rabu (13 Oktober) dan dijangka pulih sepenuhnya pada Khamis (14 Oktober) bermula jam 5 petang.
BACA SINI: Air Selangor Jangka Bekalan Air Pulih Sepenuhnya Pada Jam 5 Petang Hari Ini
Disebabkan masalah itu, penduduk di Selangor sudah bersedia dengan bekalan air sendiri untuk diguna pakai semasa tempoh tersebut.
Kalau pergi ke kedai, memang tong-tong besar semua dah habis diborong untuk dijadikan ruang mengisi bekalan air.
Ada yang isi dalam botol kosong, jag minuman, bekas makanan, plastik sampah, baldi, kolam anak dan banyak lagilah.
Masing-masing ada cara tersendiri.
Sanggup buat kolam sendiri
Tetapi, cara seorang lelaki ini menyimpan bekalan air sememangnya mencuri perhatian orang ramai selepas video tersebut tular dan berjaya meraih 500,300 tontonan setakat artikel ini ditulis.
Menerusi perkongsian video oleh seorang pengguna Tiktok @alan_tmg, dia dilihat menyimpan bekalan air dalam sebuah kolam yang sangat besar.
Lebih mengejutkan lagi, lelaki ini sanggup membuat kolamnya sendiri di hadapan rumah.
Gigih betul.
Punyalah besar kolam dia itu sehinggakan air yang diisi ke dalamnya daripada pagi masih tidak penuh.
Ini setahun pun tak habis pakai ni.
Komen netizen boleh tahan kelakar juga ya!
Di ruangan komen video itu, rata-rata netizen kagum dengan kegigihan lelaki tersebut menyimpan bekalan air yang sangat banyak di dalam sebuah kolam buatan sendiri.
Ada juga yang risau kalau kolam itu dipenuhi dengan kanak-kanak.


Ini macam nak tadah air untuk satu kampung tau.
Amacam, ada yang boleh lawan abang ni punya kolam ke?
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.