Now Reading
Air Selangor Jangka Bekalan Air Pulih Secara Berperingkat Pada Jam 5 Petang Hari Ini

Air Selangor Jangka Bekalan Air Pulih Secara Berperingkat Pada Jam 5 Petang Hari Ini

Menurut Air Selangor, kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah siap dilaksanakan pada jam 5 pagi, 14 Oktober 2021.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sebelum ini telah memaklumkan kepada orang awam bahawa gangguan bekalan air akan berlaku disebabkan oleh kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset kritikal.

Sebanyak 998 kawasan Wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air bermula hari ini (13 Oktober).

BACA SINI: 4 Hari Tiada Air Mulai 13 Oktober (Esok), Warga Lembah Klang Cepat-Cepat Sediakan Baldi!

Bekalan air dijangka pulih 5 petang ini

Kredit: Shafwan Zaidon/Malay Mail

Memetik laporan Berita Harian, bekalan air dijangka mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna di sekitar Lembah Klang bermula jam 5 petang hari ini (14 Oktober).

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Elena Baseri sebelum ini menjelaskan bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada Sabtu ini (16 Oktober), jam 9 malam.

Menerusi perkongsian di Instagram Air Selangor sebentar tadi, mereka memaklumkan bahawa kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah siap dilaksanakan pada jam 5 pagi, 14 Oktober 2021.

Sehingga jam 6:00 pagi, sistem rawatan air di LRA SSP1 telah distabilkan dan bekalan air telah mula disalurkan ke sistem agihan bekalan air. Bekalan kepada para pengguna akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat pada jam 5:00 petang, 14 Oktober 2021. Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Kenyataan media Air Selangor di Instagram.

Pada masa sama, pihaknya turut akan terus menyediakan bantuan air alternatif melalui lori tangki ke premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) serta untuk urusan pengebumian.

Pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elena Baseri.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd