Now Reading
Rider Grab Ini Letak Gambar Keluarga Pada Motor Buat Netizen Terharu

Rider Grab Ini Letak Gambar Keluarga Pada Motor Buat Netizen Terharu

Semoga urusan dan perjalanan setiap rider diberikan kemudahan.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pekerjaan sebagai Grab Rider tidak dinafikan, memang berisiko.

Pelbagai jenis kes insiden ngeri di atas jalan raya yang melibatkan rider-rider penghantar makanan sama ada grabfood, lalamove, foodpanda, dan sebagainya.

Pendek kata, penghantar makanan sebenarnya hadapi risiko demi menjaga ‘perut’ pelanggan. Lebih-lebih lagi di musim pandemik Covid-19 yang kian menular ini. Mereka sanggup bertungkus-lumus keluar dari rumah sedangkan mereka juga mempunyai risiko untuk dijangkiti.

Tapi apakan daya, demi mencari rezeki buat ahli keluarga di rumah.

Kredit: Mashable SEA

Baru-baru ini telah tular di laman Twitter di mana satu gambar seorang rider Grab telah dimuat naik yang menunjukkan bahawa dia meletakkan gambar ahli keluarganya di bahagian tempat letak makanan pada motornya.

Tweet tersebut dimuat naik oleh Nadhirah pada 27 Jun, dan kini berjaya meraih lebih 6K retweets dan 16K likes ketika artikel ini ditulis.

Rata-rata netizen turut bersimpati dan terharu dengan perbuatannya itu. Malah, ada yang mengatakan bahawa pekerjaan sebagai rider grab ini sememangnya amat berisiko kerana tiada siapa tahu apa yang bakal berlaku kepada mereka.

Ketika hujan, panas terik, ribut petir, dan sebagainya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1 + four =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd