Lelaki Ini Ajar Cara Nak Berniaga Dengan Shopee, Dapat 14k Retweets!
Steps memang banyak tapi sebenarnya tak susah pun. Kalau nak cuba, apa salahnya.
Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Zaman sekarang ni semuanya dihujung jari je. Nak beli apa-apa, tak perlu keluar dah untuk beli. Nak menjual pun boleh berniaga atas talian je. Antara laman yang paling hangat dikunjungi orang ramai adalah Shopee.
Laku keras barang-barang yang dijual sebab harga pun murah dan macam-macam benda yang ada dalam tu.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana cara nak berniaga di Shopee ni? Untuk yang berminat, boleh baca tips yang dikongsikan oleh Mohd Zikrullah di laman Twitter tentang cara-cara berniaga di Shopee, dari awal hingga akhir.
Boleh baca perkongsian penuh di bawah:
Benda pertama, mesti kena ada smartphone, PC atau laptop. Internet pun kena stabil.
Menurutnya, orang yang membeli di Shopee ini adalah sebab free shipping, harga murah dan senang untuk banding harga, selamat dan susah untuk kena scam.
Mula-mula sekali kena sign up akaun dengan shopee. Nak menjual mesti kena ada akaun dan akaun tu akan digunakan untuk membeli dan menjual. Download aplikasi shopee siap-siap.
Antara tips untuk buat akaun baru, pastikan username/ID bukan nama personal, letak nama SSM kalau ada, nama yang senang orang sebut dan taip. Kenapa bukan nama sendiri? Sebab nanti ramai orang nak ‘usha’ di media social. Orang taip nama kat google, terus keluar macam-macam.
Lepas buat akaun shopee, boleh mula untuk membeli terlebih dahulu sebelum menjual. So, apply dulu shopee free shipping program. Ia kerjasama antara shopee dan poslaju/DHL untuk bagi free shipping pada buyer dan seller. Shopee tanggung free shipping dengan syarat-syarat tertentu.
Syarat-syarat untuk free shipping adalah:
- Kalau alamat pos tu semenanjung, cover postage bawah 5kg
- Sabah & Sarawak cover 1kg ke bawah sahaja
- Mesti minimum purchase RM40
- Pembeli kena guna voucher yang shopee bagi
Boleh apply di sini.
9. So korang apply la free shipping program tu pada link ni https://t.co/IdW0P2Ur7G
— mohd zikrullah (@m0zios) February 27, 2019
Dah masuk link ni korang scroll bawah2 dan klik. Pastu keluar gambar warna wani tu. Scroll sampai bawah, sehingga nampak perkataan sign up. So register la ya. Pastu tunggu approve ikut masa dia pic.twitter.com/8h2L8pyuZP
Sebelum menjual, jom baca serba sedikit tentang ‘dropship’
10. sebelum kita proceed terus kepada menjual. aku share sikit pasal dropship. Aku jual baju kurung perempuan secara dropship je di shopee. aku tak pegang stock, aku tak keluar modal pon. aku just upload di shopee, dapat order, aku pass pada hq. Then dapat untung!!
— mohd zikrullah (@m0zios) February 27, 2019
11. Ni kriteria kalau korang nak jadi dropship mana2 company.
— mohd zikrullah (@m0zios) February 27, 2019
– HQ tu senang dan pantas balas wasap ko. senang la ko nak tanya apa2.
-company tu mmg buat dropship dan dia bg guna shopee untuk jual barang dia
-Paling penting, postage dalam masa 2 hari selepas ko submit order!
12. Now kita pi ke bahagian seller. untuk upload produk. Untuk pc, klik mcm dalam gambar tu. pic.twitter.com/2B7Gu8Vv9m
— mohd zikrullah (@m0zios) February 27, 2019
13. Pastu klik dalam gambar tu untuk mula upload produk! Untuk phone terus ada option upload produk. korang masukkan barang apa yang korang nak jual kat situ. pic.twitter.com/QzUv6JAVRj
— mohd zikrullah (@m0zios) February 27, 2019
14. Ni tips masukkan gambar ye.
— mohd zikrullah (@m0zios) February 27, 2019
-pastikan gambar lawa, bukan gambar atas cadar busuk korang. haha
-paling kurang gambar first tu gambar yang sangat menarik, striking, dan lain daripada yg lain. korang edit pakai phone je. ni contoh yg aku buat. Baju umrah rm99. satu set lengkap pic.twitter.com/XhpFISauQP
15. Ruang untuk upload gambar ada 9. So korang maximize kan ruang tu. Letak la side kiri kanan produk korang. Sebab customer suka tengok banyak gambar. Kalau letak satu je. Dia boring, then cari seller lain..
— mohd zikrullah (@m0zios) February 27, 2019
Seterusnya part produk name. Sini paling penting.. korang jangan letak nama produk korang tu. Contohnya, Kalau korang jual jam yang bernama G-Shock AXG22. Tapi korang letak kelebihan nama jam tu, Jam g-shock murah, jam g-shock tahan air, jam g-shock lelaki. Penuhkan 80 word ya..
— mohd zikrullah (@m0zios) February 27, 2019
16. Sebelum aku pergi jauh, pastikan korang isikan semua detail dulu bahagian shop setting. terutamanya address tu. pic.twitter.com/bKSlnOgim4
— mohd zikrullah (@m0zios) February 27, 2019
Untuk bahagian produk description, memang kena hardsell
Menurutnya, Di shopee, kita buat hard sell terus. Bagi info tentang profuk seringkas dan sepadat yang mungkin. Tak perlu ayat bunga-bunga macam dalam FB. FB kita perlu buat copywriting yang power untuk pukau org datang ke iklan kita, tapi shopee direct terus je.
Seterusnya, proceed ke bahagian detail produk seperti brand, material, and so on. So kalau produk korang tu tak ada brand, jangan bantai je brand orang, letak je no brand atau oem. Tak ada masalah punya. Still ada orang beli.
19. Seterusnya kalau produk korang single item je, mcm minyak gamat. seketul macam tu je. xde size kecik besar, xde warna lain2. so proceed je tanpa klik bahagian variation. Tapi kalau produk korang banyak colour, size, atau kata lain banyak pilihan. Buat la variasi mcm gmbr ni pic.twitter.com/HQBYTp7trz
— mohd zikrullah (@m0zios) February 27, 2019
20. Lepas siap setup, variasi, korang boleh letak harga dan brp stock yg ada untuk setiap variasi. SKU tu tinggal je.. Korang juga boleh buat harga borong, untuk tarik minat org beli dgn harga lagi banyak dan lebih murah pic.twitter.com/J0JXMBrVWi
— mohd zikrullah (@m0zios) February 27, 2019
21. lepas tu korang setting berat produk. yang panjang produk tu xperlu. berat tu anggar2 je. tak perlu sampai ambik penimbang dan timbang satu2. Shipping fee tu korang setting manual dulu, sementara dpt free shipping. after dapat free shippinh, turn on je nanti pic.twitter.com/X0mzpe5cnd
— mohd zikrullah (@m0zios) February 27, 2019
22. Part last sekali bahagian upload produk ni, korang setkan produk tu ready stock atau pre-order. kalau ready stock, ko kena pos dlm masa 3 hari skrg, bulan 3 ni shopee tetapkan dalam masa 2 hari pulak! pre-order dalam masa 7 hari minimum. so korang pandai2 la ye. pic.twitter.com/FUDDyLVLjS
— mohd zikrullah (@m0zios) February 27, 2019
Bila dah siap semua setting dan korang dah yakin, klik je publish. Produk kalau takda masalah, akan terus publish. Ada sesetengah produk, shopee nak review dulu. Takut langgar undang-undang. Selalunya mcm ubat kuat, kurus, suplement bagai tu.
Bila dah publish, korang list lagi produk lain sampai ada minimum 5 produk. Jangan buat satu je, hambar betul nampak kedai korang nanti. Kalau tak ada produk sangat, ulang produk sama sampai 5 kali. Tukar gambar first je.
Bila dah list macam ni, korang klik more operation then tekan boost. Yang tu free marketing shopee bagi untuk setiap 4 jam. Tapi korang kena rajin klik la. Dia akan up iklan kita based on kategori yang kita set.
26. Now aku akan cerita sedikit sebanyak pasal list2 dalam gambar ni
— mohd zikrullah (@m0zios) February 27, 2019
-my product : tempat korang upload produ baru dan edit produk. kat situ juga nak boost produk
-my shop catogory: tempat korang kategorikan produk tu kategori apa, wanita ke, lelaki ke,mainan ke, pic.twitter.com/EzGtAa09cY
My Sales: Tempat korang cek order masuk, dah post ke belum, cancel, complete atau order tu customer nak refund. Marketing centre tu tempat korang nak buat ads, buat voucher, buat diskaun, join shocking sale!
My Income: Tempat korang cek income yang korang buat dari shoppe. Berapa yang on-going, berapa yang dah release. So boleh trace dari sini income tu.
My Wallet: Tempat korang tengok duit yang shopee release pada korang berapa RM. Lengkap kat sini dari tarikh, nama dan order.
27. So now, aku ajar tgk part my sales. my shop categories tu senang je.
— mohd zikrullah (@m0zios) February 27, 2019
so part my sale ni bahagian2 mcm dalam gambar.
-all
-unpaid
-to ship
-shipping
-complete
-cancellation
-return/refund
28. Daripada sini korang boleh tgk status order2 la. mcm contoh aku bagi tu, tu aku punya hari ni. Alhamdulillah rezeki. kalau dekat “to ship” tu kita kena arrange shipment dahulu untuk print borang pos laju tu. Lepas klik arrange akan jadi no2 macam dalam gambar pic.twitter.com/eQs8YRvMoY
— mohd zikrullah (@m0zios) February 27, 2019
29. To ship ni barang belum di pos lagi, sama ada masih di hq, atau sudah sampai poslaju tapi belum di scan. So selagi mana status masih di to ship, selagi tu shopee anggap benda tu belum pos. So hati2, jangan bagi peram lama kat situ, kalau lebih 3 hari akan auto cancel by shope
— mohd zikrullah (@m0zios) February 27, 2019
30. Kalau ready stock shopee bg 3 hari untuk korang pos. katakan hari ni dpt order, so hari terakhir kena post atau masuk dalam sistem poslaju iaitu hari sabtu. Kalau pre-order min 7 hari ko boleh setting. So macam produk aku jual ni, aku set 7hari bekerja. Alhamdulillah rezeki.
— mohd zikrullah (@m0zios) February 27, 2019
31. Bila barang dah masuk dalam katogori shipping, so ko dah selamat dari di cancel oleh shopee! So tunggu la sehingga customer dapat barang. Tapi jangan happy dulu. sebab shopee tak release duit pada ko lagi tu..
— mohd zikrullah (@m0zios) February 27, 2019
32. Selagi mana status masih di shipping, selagi tu shopee tak release duit. Bila nak dapat duit? Bila dah masuk status complete. Complete ni akan terjadi bila customer dapat barang, pastu dia tekan receive order ataupun selepas 3 hari customer dapat barang, so auto duit masuk!
— mohd zikrullah (@m0zios) February 27, 2019
33. Part cancellation tu bila mana customer xbuat payment dlm masa yg ditetapkan/ dia dah order, then brp saat pastu dia cancel balik/ atau dia dah order semalam pastu request cancel dan seller approve, atau barang yang tak ikut masa postage yg ditetapkan oleh shopee.
— mohd zikrullah (@m0zios) February 27, 2019
34. Refund/refund ni bila ada masalah pada barang. customer tak puas hati dengan barang tu, atau kita salah post barang, so customer akaun request return atau refund la nanti!
— mohd zikrullah (@m0zios) February 27, 2019
Ini pula penerangan untuk ‘payment flow’
Kalau korang ada ready stock. Lepas dapat order, shopee akan hold dulu duit tu, memang takkan dapat lagi. Kena pos dulu item tu dan lepas customer dapat barang, then dia puas hati, pastu dia klik “ received order”. Lepas customer klik received order tu, baru la shopee release payment tu. Tapi kena ingat! Shopee ambik 1% dari total sale korang tu. So kena kira siap-siap berapa untung tu.
Kalau customer tak klik received order tu, shopee akan release pyment tu dalam masa 3 hari. So kena sabar la sikit ye. Shopee bagi 3 hari tu sebab nak bagi masa untuk customer return atau refund kalau ada item yang rosak/salah hantar/tipu item.
Lepas customer dapat barang. Customer boleh rating korang 1-5 stars. So kalau nak rating tinggi dan cantik, make sure barang tu jangan tipu, delivery jangan lambat. Senang cerita. Pastikan barang tu seperti mana korang explain la. Kalau tak rating buruk. Takde sape dah nak beli pastu.
Lepas shopee release duit tu. Duit tak terus dapat tau. Duit tu akan masuk wallet shopee korang. So dari wallet tu, korang boleh membeli sepantas kilat di shopee. Kalau taknak beli pape korang boleh withdraw masuk akaun bank korang ye!
Korang boleh withdraw duit dari wallet tu, seminggu 3x je. Sehari sekali je. Tak boleh 3x terus dalam sehari. So korang plan la nak withdraw macam mana. Kalau aku, setiap minggu aku keluarkan. Masuk akaun sendiri la baru rasa tenang kan.
So yang plan nak buat bisness di shopee ni. Boleh la fikir nak buat macam mana. Kalau dropship, you kena dahulukan duit sendiri dahulu untuk bayar HQ. Kalau ready stock lagi bagus. Sendiri urus lagi senang. Boleh la try jual apa2 yang korang nak. Jual barang kedai RM2 pun boleh! Serius tak tipu. Korang gi la usha kedai RM2 tu.
Senang je kan? Goodluck untuk korang yang nak mencuba!
Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.