Now Reading
Lelaki Ini Kongsi Tips Buat Resume Dengan Kemas & Teratur. #1 Paling Penting

Lelaki Ini Kongsi Tips Buat Resume Dengan Kemas & Teratur. #1 Paling Penting

Resume perlu dibuat dengan susunan maklumat yang teratur dan kemas bagi memberikan tanggapan baik kepada bakal majikan ketika memohon pekerjaan.

ciri resume bagus

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perkara pertama yang anda perlu ada untuk memohon kerja di mana-mana syarikat adalah resume.

Dari dokumen itulah majikan dapat mengenali calon pekerja yang berkelayakan dan berpotensi untuk menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Boleh dikatakan resume itu ibarat ‘first impression’ anda kepada pihak majikan. Jadi, sebab itulah pentingnya anda mempunyai resume yang sempurna.


Ciri-ciri Resume Yang Baik

Baru-baru ini, seorang pengguna di laman X (Twitter @faridaffy) berkongsi beberapa tips ringkas dan mudah untuk membantu anda menyediakan resume dengan kemas serta teratur.

Antara tips yang dikongsikan adalah:

#1. Menggunakan ‘Font’ Yang Bersesuaian
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Pemilihan font dalam resume sangat penting kerana ia boleh mempengaruhi emosi bakal majikan untuk membacanya. Bila banyak font yang pelik dan mengelirukan, potensi untuk resume anda diabaikan adalah tinggi.

Ada beberapa jenis font yang sesuai untuk digunakan dalam resume anda seperti:

  • Cambria
  • Calibri
  • Helvetica

Ingat ya, jangan pilih font dengan tulisan berangkai pula. Pening recruiter nak baca nanti.

#2. Margin Penjuru Yang Kemas
Sumber: LinkedIn

Mungkin ada sesetengah individu menganggap jarak di setiap sudut penjuru adalah perkara remeh, tetapi sebenarnya ia dikira penting juga ya bagi memastikan resume anda nampak lebih teratur.

Kalau boleh setiap empat penjuru resume disusun dengan margin berjarak satu inci.

#3. Meletakkan Tajuk Yang Jelas
Sumber: Ladders

Selain pemilihan font, saiz tulisan pun perlu dijaga juga. Untuk tajuk, digalakkan untuk menggunakan saiz yang lebih besar sedikit bagi membezakan dengan point lain.

Sekiranya ada perkara yang anda mahu bakal majikan mengambil perhatian di dalam resume, boleh juga besarkan saiz tulisan.

#4. Maklumat Yang Tidak Terlalu Padat
Sumber: Money

Antara kesilapan yang kerap dilakukan oleh ‘job hunter’ adalah mereka mahu memasukkan pelbagai jenis maklumat dalam resume miliknya.

Keadaan ini akan menyebabkan resume anda kelihatan sangat padat dan mengambil masa agak lama untuk bakal majikan membaca kesemuanya.

#5. Resume Dengan Satu Halaman Sahaja
Sumber: Pexels

Bagi mereka yang mahu memohon kerja menggunakan resume, anda digalakkan untuk menyediakannya dalam satu muka surat sahaja. Paling banyak pun mungkin dua halaman.

Elakkan dari memberi resume sehingga berjumlah lima muka surat kerana pihak majikan perlu membaca banyak resume daripada pemohon yang lain dalam satu masa.


Nak Letak Apa Dalam Resume Kalau Belum Ada Pengalaman Bekerja?

Kebiasaanya graduan universiti akan giat mencari pekerjaan selepas tamat belajar. Mungkin ada yang terfikir, nak letak apa dalam resume kalau belum pernah bekerja di mana-mana syarikat?

Antara perkara yang anda boleh letak pada resume bagi menggantikan ruangan ‘pengalaman bekerja’ adalah seperti:

  • Pengalaman menguruskan apa-apa projek di universiti.
  • Pengalaman dari segi kepimpinan.
  • Pengalaman melakukan aktiviti sukarelawan.
  • Minat dan jenis kemahiran yang dimiliki.

Proses untuk mencari kerja boleh menjadi agak leceh pada permulaannya. Tetapi jangan cepat putus asa okey?

Semoga tips ini dapat membantu anda yang sedang berusaha untuk memohon kerja di luar sana. Good luck! 😊

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Ajar Cara Tulis Resume Jika Tiada Pengalaman Kerja. Senang Je!

Baca Artikel Berkaitan: Perlu Atau Tidak Letak Pangkat Bapa Dalam Resume Kerja?

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Dedah 4 Tips Apply Kerja Di Aplikasi LinkedIn. CV Kena Cantik & Kemas!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd