Lelaki Ini Ajar Cara Tulis Resume Jika Tiada Pengalaman Kerja. Senang Je!
Inilah masanya untuk anda serlahkan pengalaman ketika di universiti.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Perkara pertama yang dilakukan oleh para graduan selepas tamat belajar pastinya adalah mencari pekerjaan.
Zaman sekarang ini memang mudah untuk mencari kerja kerana semuanya ada di hujung jari. Ada banyak platform atas talian bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan seperti di LinkedIn, Maukerja, JobStreet dan sebagainya.
Tetapi sebelum anda memohon kerja di mana-mana syarikat, kena ada resume dulu. Penting untuk ada dokumen ini bagi memudahkan pihak syarikat mengenali diri anda secara ringkas.
BACA JUGA: Pengguna Twitter Kongsi Ciri-ciri Resume Untuk Tawan Hati Syarikat
Tapi kalau mereka yang baru pertama kali seumur hidup nak mohon kerja, nak isi apa dalam resume?
Seorang pengguna Twitter (Farid Affy) baru-baru ini telah berkongsi beberapa perkara yang boleh diletakkan pada resume bagi menggantikan ruangan ‘pengalaman bekerja’.
Antaranya:
1. Pengalaman projek
Waktu zaman belajar mesti anda ada sertai mana-mana projek di universiti, betul tak? Jawatan yang disandang ketika projek sebenarnya boleh dijadikan sebagai pengalaman.
Tapi, pastikan jawatan yang disandang itu berkaitan dengan kerja yang dimohon.
1. PENGALAMAN PROJECT
— farid affy (@faridaffy) February 23, 2022
Bila korang bagi pengalaman projek masa belajar ni, korang dapat tunjukkan skills yang releven untuk position korang apply tu. Cara nak tulis bahagian ni sama je macam mana korang tulis working experience. Make sure jangan tulis sebiji sebiji.
2. Pengalaman dari segi kepimpinan
Nyatakan juga jika anda menyertai mana-mana kelab di universiti dan pernah menyandang jawatan. Bukan semua orang ada bakat untuk memimpin. Ini dikira bonus untuk anda!
2. PENGALAMAN LEADERSHIP
— farid affy (@faridaffy) February 23, 2022
Kalau korang pernah join apa apa kelab masa belajar dulu bagus tau. PLUS POINT kalau korang ada jawatan dalam kelab tu. Lagi nice kalau kelab yang korang join tu memang related dengan position yang korang nak apply.
3. Pengalaman sukarelawan
Aktiviti sukarelawan ini menunjukkan seseorang itu prihatin dengan masyarakat sekeliling. Dalam masa yang sama, tonjolkan juga kebolehan anda untuk bekerja secara berkumpulan bagi menarik hati pihak syarikat.
3. PENGALAMAN VOLUNTEER
— farid affy (@faridaffy) February 23, 2022
Pengalaman ni bagus sebab dia bukan je boleh tunjuk skills yang korang ada TAPI tunjuk jugak apa perkara yang korang ambik berat. Gunakan juga peluang ni untuk highlight kebolehan korang untuk bekerja dalam kumpulan.
4. Kemahiran dan minat
Buat kajian tentang kemahiran yang sedang dicari oleh syarikat tersebut. Kalau mereka sedang mencari seseorang yang mahir dalam Adobe Photoshop atau AutoCAD dan kebetulan anda pandai menggunakannya, masukkan juga dalam resume.
4. SKILLS & MINAT
— farid affy (@faridaffy) February 23, 2022
TIP: Buat research apa skills yang company tu cari and jangan lupa masukkan dalam resume korang. TAPI JANGAN LA TIPU OKAY. Dan kena ingat la tau, letak skills yang related sahaja.
Untuk letak nilai kebolehan anda dalam sesuatu kemahiran pula, lebih baik letak pilihan seperti berikut:
- Beginner.
- Intermediate.
- Expert.
Elakkan menggunakan nilai nombor untuk mengukur tahap kemahiran.
Tapi kalau korang letak skills korang per sepuluh ke atau guna dot dot dot tu, still tak berapa betul, cukup dengan letak beginner, intermediate atau expert.
— farid affy (@faridaffy) February 23, 2022
Semoga membantu.
Untuk meningkatkan peluang anda dapat pekerjaan diidamkan, cantikkan dulu resume dengan maklumat penting, kemas dan teratur untuk curi hati syarikat.
Kami faham proses untuk mencari kerja memang agak leceh dan sukar pada permulaan. Tapi itu tidak boleh membuatkan anda cepat berputus asa.
Untuk sesiapa yang akan pergi ke temuduga kerja pada dalam masa terdekat ini, goodluck! 😊
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.