Now Reading
Lelaki Ini Dedah 4 Tips Apply Kerja Di Aplikasi LinkedIn. CV Kena Cantik & Kemas!

Lelaki Ini Dedah 4 Tips Apply Kerja Di Aplikasi LinkedIn. CV Kena Cantik & Kemas!

Kalau tengah cari kerja, korang boleh cuba guna aplikasi LinkedIn.

tips apply kerja di linkedin

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Di media sosial ketika ini memang banyak yang memberikan tips-tips berguna untuk memohon bekerja di sesebuah syarikat. Terutamanya buat mereka yang pertama kali bakal melangkah ke alam pekerjaan.

Dan seperti biasa, proses untuk memohon sebarang pekerjaan mestilah dimulakan dengan memiliki resume ataupun CV (Curriculum Vitae). Namun, cara susunan informasi di dalam CV/Resume pun ada caranya.

Bukan semua benda perlu ditulis dan dipaparkan. Walaupun korang ada pengalaman kerja 10 tahun, ingat bahawa CV hanya perlu dua muka surat sahaja. Asalkan padu dan penuh dengan informasi terkini, sudah memadai.

Selebihnya boleh diceritakan ketika sesi temuduga sebenar.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Jawapan Untuk ‘Tackle’ Majikan Ketika Temuduga Kerja

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Berguna Untuk Anda Yang ‘Last Minute’ Nak Pergi Temuduga Kerja


Individu Ini Kongsi Tips Apply Kerja Di LinkedIn

Gambar sekadar hiasan.

Seorang Perancang Kewangan Berlesen (Licensed Financial Planner) iaitu Ikhwan menerusi bebenang di laman X (Twitter @IkhwanPK2022) telah berkongsi tips untuk anak muda di luar sana mendapatkan pekerjaan di aplikasiLinkedIn.

Ini terutama buat mereka yang tidak tahu untuk ‘job hunting’ di mana.

Empat (4) tips untuk apply kerja menerusi LinkedIn yang dikongsikan adalah:

#1. Connect Dengan Decision Maker.

Untuk tips pertama, korang kena connect dengan Decision Maker atau lebih dikenali sebagai ‘Hiring Manager’ di mana golongan ini yang akan interview calon.

Ha, jangan confuse sebab ‘Decision Maker‘ dan ‘Gate Keeper:‘ adalah berbeza.

  • Decision Maker: Hiring Manager yang akan melakukan temuduga.
  • Gate Keeper: Tiada kuasa memilih dan hanya memiliki kuasa seperti HR Manager sahaja.

#2. Tegur/Sapa Hiring Manager (Decision Maker).

Bila dah connect dengan individu tersebut, boleh cuba untuk tegur mereka. Ajak mereka berborak sebab perkara ini akan memudahkan korang mencipta satu topik yang menarik bila ingin bertanyakan perihal kerja kosong.

Tapi kalau nak terus tanya pun boleh. Tak ada salah dan betul dalam situasi ini.

#3. Ucap Terima Kasih & Tunjuk Sikap Lebih Bersungguh.

“Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.”

Pepatah paling popular untuk setiap perkara yang akan dilakukan oleh seseorang. Kalau nak sesuatu, kena berusaha dan bersungguh dalam setiap perkara. Tak bolehlah ambil remeh sahaja dan pandang sebelah mata.

Decision Maker selalunya akan memiliki lebih banyak maklumat tentang keperluan syarikat dan juga staf. Ia akan memudahkan lagi proses interview. Jadi, kalau mereka terus beri e-mel, ucapkan terima kasih dan tunjukkan sikap bersungguh untuk hantar e-mel.

#4. Sebelum Hantar CV, Kemaskan Dulu!

Antara kesalahan ‘common’ anak muda zaman sekarang adalah; semuanya nak ditulis dan dipaparkan dalam CV. Tidak perlu, ya. Dan untuk susunan pula, pastikan bahagian karier untuk kerja paling baharu diletakkan paling atas untuk senang Hiring Manager tengok.

“Jangan serkap jarang semata, Hiring Manager tak suka,” kata Ikhwan.

Pendek kata, tailor-made CV korang dulu.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Ajar Cara Tulis Resume Jika Tiada Pengalaman Kerja. Senang Je!

Akhir sekali, good luck korang! 😀

Sumber: X (@IkhwanPK202).


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd