Lelaki Ini Kongsi Jawapan Untuk ‘Tackle’ Majikan Ketika Temuduga Kerja
Mesti ramai yang berdebar waktu pergi temuduga kerja kan?


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bila nak mohon kerja di mana-mana syarikat, mesti mereka akan minta resume.
Resume ini ibarat tanggapan pertama kepada pihak HR. Sebab itulah pentingnya ada resume yang mudah dibaca dan difahami.
BACA JUGA: Pengguna Twitter Kongsi Ciri-ciri Resume Untuk Tawan Hati Syarikat
Bila bakal majikan sudah tertarik dengan resume kita, mesti anda akan dipanggil untuk temuduga pula.
Tapi setiap kali hadir temuduga, mesti ramai yang panik, betul tak? Lebih-lebih kalau kena jawab dalam bahasa Inggeris. Risau kalau tersasul dan otak jadi ‘blank’.

Untuk membantu anda dengan persiapan ke temuduga kerja, seorang pengguna Twitter (Farid Affy) berkongsi beberapa jawapan menarik untuk soalan yang sering ditanya oleh pihak majikan. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Ceritakan tentang diri anda
Rasanya ini memang soalan yang paling wajib ditanya ketika temuduga kerja.
Tips untuk menjawab soalan ini adalah dengan bercerita tentang latar belakang anda yang berkaitan skop kerja.
"Tell us about yourself."
— farid affy (@faridaffy) February 17, 2022
Candidate: My name is Fahmi, born on 29 May. My mom's a housewife and my dad's a teacher ❌
Candidate: My name is Fahmi, 23 years old. I have a degree in Business Administration. I don't have any experience yet but i read a lot of business articles ✅
2. Apakah kelemahan diri anda?
Tak ada sesiapa pun yang sempurna di dunia ini kerana kita semua mempunyai kekurangan diri.
Jadi, tips untuk menjawab soalan ini adalah dengan berterus terang memberitahu kelemahan diri dan berkongsi solusi kepada kekurangan berkenaan.
"What's your greatest weakness?"
— farid affy (@faridaffy) February 17, 2022
Candidate: I tend to procrastinate and do things very last minute ❌
Candidate: I tend to procrastinate and do things last minute. But i work well under pressure and i personally think that pressure motivates me to do the task better ✅
3. Kenapa nak kerja di syarikat kami?
Kebanyakan individu akan menjawab soalan ini dengan jawapan yang cliche bersifat positif.
Tips untuk tackle soalan ini adalah dengan menyatakan bukti anda menyukai bidang kerja yang dilakukan. Barulah majikan percaya anda betul-betul minat dengan tawaran kerja tersebut.
"Why do you want to work in this company?"
— farid affy (@faridaffy) February 17, 2022
Candidate: Because i love this industry and this job. ❌
Candidate: I've always loved marketing because i am creative. I like to design things such as posters or social media posts. ✅
4. Kenapa anda berhenti dengan kerja sebelum ini?
Mungkin sesetengah orang mempunyai masalah dengan majikan terdahulu. Tapi bila soalan ini ditanya, jangan pula nyatakan perkara negatif.
Cari perkara positif yang anda boleh terokai dengan bekerja di pelbagai jenis syarikat.
"Why did you quit your last job?"
— farid affy (@faridaffy) February 17, 2022
Candidate: Because my last boss was terrible. Too pushy and gave too much work ❌
Candidate: I loved my last job as it taught me many things. But i quit because i want to experience new environment and broaden my knowledge at a new company ✅
5. Di mana anda melihat diri anda dalam masa lima tahun akan datang?
Soalan ini lebih kepada perancangan masa depan anda. Tips untuk menjawab soalan ini adalah dengan memberitahu perancangan anda berkaitan bidang kerja.
Jangan pula beritahu tentang perancangan keluarga anda. Lain yang jadi nanti.
"Where do you see yourself in 5 years?"
— farid affy (@faridaffy) February 17, 2022
Candidate: Travelling the world and being the boss of this company. ❌
Candidate: I hope to be very well-experienced in what I do and to have a better understanding about my field. ✅
Sebelum pergi temuduga kerja, pastikan anda sudah bersiap sedia dari segi fizikal dan mental okay?
Kami faham proses untuk mencari kerja memang agak leceh dan sukar pada permulaan. Tapi itu tidak boleh membuatkan anda cepat berputus asa.
Untuk sesiapa yang akan pergi ke temuduga kerja pada dalam masa terdekat ini, goodluck! 😊
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.