Now Reading
Apa Perlu Buat Kalau Anda Sesat Dalam Hutan Seorang Diri?

Apa Perlu Buat Kalau Anda Sesat Dalam Hutan Seorang Diri?

Lelaki ini menjelaskan bahawa tubuh manusia mampu untuk hidup tanpa makanan selama empat hari dengan syarat perlu mencari sumber air minuman.

tips-jika-sesat-dalam-hutan-3

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Aktiviti mendaki di dalam hutan adalah antara hobi yang sering dilakukan oleh masyarakat Malaysia tanpa mengira usia.

Muda atau tua, masing-masing bersemangat untuk menikmati alam sekitar sambil menyihatkan tubuh badan.

Namun pernah berlaku beberapa kes sebelum ini di mana beberapa pendaki dipercayai sesat di dalam hutan sebelum berjaya ditemui semula oleh pasukan penyelamat.

Baca Artikel Berkaitan: Pendaki Wanita 52 Tahun Ditemui Selepas Sesat Dalam Hutan Selama Hampir 24 Jam


Apa Perlu Buat Jika Sesat Dalam Hutan?

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@tuan_hutan), lelaki ini berkongsi tips jika seseorang sesat di dalam hutan seorang diri tanpa mempunyai sebarang alat atau bantuan.

Antara tips yang dikongsikan adalah seperti berikut:

#1. Jangan Panik
Sumber: TikTok @tuan_hutan

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah jangan panik dan kekal tenang. Lelaki ini menjelaskan bahawa tubuh manusia mampu untuk hidup tanpa makanan selama empat hari dengan syarat perlu mencari sumber air minuman.

#2. Buat Tanda Di Kawasan Persekitaran
Sumber: Portal Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Johor

Tips seterusnya adalah dengan membuat tanda di kawasan persekitaran sebagai petunjuk bahawa anda sudah sesat. Tanda itu boleh dibuat dengan cara membengkokkan tumbuh-tumbuhan, meninggalkan tanda pada tanah dan mematahkan daun pada dahan.

#3. Mencari Kesan Manusia
Sumber: TikTok @tuan_hutan

Seseorang akan menjadi lebih cemas dan gelabah jika tidak menjumpai apa-apa kesan manusia dalam hutan berkenaan.

Cara seterusnya ini adalah anda perlu mencari kesan manusia yang boleh dijumpai di dua tempat iaitu di permatang atau puncak bukit dan tepi air.

Apa yang anda perlu buat adalah mencari cahaya di kawasan atas bukit yang dipercayai bahagian puncak untuk melihat trek yang digunakan oleh manusia ketika mahu menuruni bukit.

Ketika mendaki ke arah bukit, lelaki ini juga mencadangkan satu teknik untuk mengira setiap 100 langkah dari tempat anda sesat dan memetik sehelai daun sebagai ‘reference’ berapa langkah yang sudah ditempuhi.

Tambahnya lagi, sisa sampah sarap yang dijumpai juga boleh dianggap sebagai kesan manusia.

Video perkongsian ini telah meraih 3.9 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

@tuan_hutan

Part 4 : Demonstrasi jika sesat seorang diri tanpa bantuan. Sampaikan ilmu ini kepada semua sehinggalah kepada anak-anak di sekolah. Ikut 2 teknik yang saya ajar ini, dalam video ini adalah teknik pertama. Semoga bermanfaat #mejarfitri #tuanhutan #alamilahalam #hikingtiktok #sesat #trackking #ilmuhutan #tenteradarat #sniper #kecemasan #survival #foresttiktok #sesatdalamhutan #sesat #sesatjalan

♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Kenapa Tak Boleh Pakai Minyak Wangi Ketika Masuk Dalam Hutan?

Tidak dinafikan apabila kita mendaki di hutan, badan akan lebih mudah berpeluh kerana aktiviti yang agak lasak.

Walau bagaimanapun, penggunaan minyak wangi adalah tidak digalakkan ketika anda berada di dalam hutan. Antara sebab-sebabnya adalah:

  • Mudah didekati serangga.
  • Ancaman binatang buas.
  • Makhluk halus boleh ‘jatuh cinta’.

Tetapi itu tidak bermaksud anda tidak boleh berwangian langsung. Sekurang-kurangnya pakailah deodorant. Takut pula orang belakang pengsan bau badan kita yang sedang berpeluh.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Dedah Kenapa Tak Boleh Pakai Minyak Wangi Ketika ‘Hiking’

Baca Artikel Berkaitan: Hiking Sambil Healing Di KL East Park, Boleh Nampak Pemandangan KL! [Review]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd