[Video] Lelaki Dedah Kenapa Tak Boleh Pakai Minyak Wangi Ketika ‘Hiking’
Tips ini berguna untuk mereka yang selalu pergi mendaki.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Pada awal Februari lalu, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor memaklumkan bahawa Hutan Simpan Kekal (HSK) di Selangor telah dibuka kepada para pendaki.
Akhirnya, boleh mendaki. Dah lama juga tak pergi beraktiviti lasak dengan kawan-kawan pada hujung minggu.
Aktiviti mendaki ini boleh dikatakan antara aktiviti riadah yang digemari oleh rakyat Malaysia.
BACA JUGA: Hutan Simpan Kekal Di Selangor Bakal Dibuka Semula Sabtu Ini, 5 Februari
Tips untuk para pendaki
Menerusi satu perkongsian video oleh seorang pendaki yang dimuat naik di TikTok (apenslowcuber), lelaki ini mendedahkan sebenarnya kita tidak boleh memakai wangi-wangian yang berlebihan ketika mendaki.
Antara sebabnya adalah kerana:
1. Mudah didekati serangga
Dalam hutan confirm akan ada banyak serangga kecil seperti nyamuk, semut dan sebagainya. Boleh tahan rimas juga bila badan kita dikelilingi haiwan ini. Nak hiking pun stress.
Salah satu sebabnya adalah mereka tertarik dengan bauan pada badan kita. Maksudnya lagi wangi sesuatu bau itu, semakin tertarik serangga kecil untuk datang dekat.
Yang lebih membahayakan adalah potensi untuk disengat juga lebih tinggi. Alamak, risau pula!
2. Ancaman bintang buas
Bukan haiwan atau serangga kecil sahaja yang akan dekat dengan kita, binatang buas seperti hariamu dan beruang juga tidak terkecuali.
Sesetengah binatang buas yang mencium wangi-wangian akan menganggap kita sebagai makanan atau haiwan berlawanan jantina yang ingin mengawan.
Jadi semakin wangi badan anda, semakin tinggi untuk didekati oleh bintang buas.
3. Makhluk halus boleh ‘jatuh cinta’
Bukan setakat haiwan yang tertarik dengan kita bila badan terlalu wangi, ‘makhluk’ lain pun boleh suka dekat kita. Fuh, meremang bulu roma ni!
Untuk mengelakkan apa-apa perkara buruk berlaku, jadi janganlah buat makhluk halus ini tertarik dengan kita melalui wangi-wangian yang dipakai.
Tetapi, bukanlah tak boleh langsung berwangi-wangian.
Pendaki tersebut mencadangkan sekurang-kurangya pakai deodorant. Takut pula orang belakang pengsan bau badan kita yang sedang berpeluh.
Kalau ada yang merancang untuk mendaki hujung minggu ini, jangan lupa tips yang dikongsikan ini okay?
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.