Now Reading
Tak Tahu Nak Undi Siapa Untuk PRN2023? Kaji Dulu Sebelum Pilih!

Tak Tahu Nak Undi Siapa Untuk PRN2023? Kaji Dulu Sebelum Pilih!

Sebelum anda mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, pastikan kaji terlebih dahulu calon yang bertanding sebelum membuang undi pada Sabtu ini (12 Ogos).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, dianggarkan 9.7 juta orang layak untuk mengundi dan sebanyak 245 kerusi negeri akan dipertandingkan.

Jika anda masih keliru dengan situasi politik di Malaysia dan masih tertanya-tanya mengapa ia perlu dilakukan, jom kami beri penjelasan secara ringkas.

Kerajaan Persekutuan Dan Negeri

Secara ringkasnya, perbezaan antara persekutuan dan negeri adalah dari segi pengagihan kuasa di mana Ahli Parlimen (MP) akan berada di peringkat Persekutuan.

222 ahli MP akan bersidang di Dewan Rakyat untuk merangka dasar negara meliputi bidang seperti hubungan luar, pertahanan, pendidikan dan perdagangan.

Di peringkat negeri pula, terdapat Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana wakilnya dipanggil sebagai Ahli DUN atau ADUN.

Mereka lebih menumpukan kepada penggubalan dasar yang disesuaikan dengan negeri masing-masing merangkumi bidang seperti hal ehwal tanah, undang-undang Islam dan pentadbiran tempatan.

Kedua-dua DUN dan pentadbiran persekutuan bekerjasama dalam isu seperti kebajikan sosial, kesihatan awam dan sanitasi.

Sumber: MalayMail

Pilihan Raya Umum (PRU)

Apabila Parlimen dibubarkan, setiap negeri juga akan membubarkan DUN mereka dan perkara ini secara langsung akan membawa kepada Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijadualkan pada setiap lima tahun.

PRU akan membolehkan setiap pengundi memilih calon ahli Parlimen dan ADUN dengan cara menanda dua kotak pada kertas undi masing-masing.

Memandangkan negara kita sudah mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada bulan November tahun lepas, jadi kenapa ada di antara kita yang perlu turun mengundi lagi pada Sabtu ini (12 Ogos)?

Sumber: MalayMail

Ketika bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen pada tahun lepas, tempoh lima tahun tersebut masih belum tamat.

Keadaan politik negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada tahun 2018 tidak stabil sepenuhnya kerana terdapat perubahan dalam pentadbiran persekutuan dan negeri yang membawa kepada pembubaran awal tiga DUN iaitu Sabah, Melaka serta Johor.

Walaupun menang pada tahun 2018, Pakatan Harapan (PH) tidak lagi berkuasa apabila Parlimen dibubarkan tahun lalu.

Semasa mereka masih berkuasa di beberapa negeri, keputusan dibuat untuk tidak membubarkan DUN mereka pada masa itu. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) juga membuat keputusan sama untuk tidak membubarkan DUN mereka.

Sumber: MalayMail

Ketika Malaysia mengadakan pilihan raya pada November lalu, enam negeri tidak menyertainya. PRU15 diadakan untuk memilih 222 Ahli Parlimen dan ADUN bagi Perlis, Perak dan Pahang.

Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor pula telah pun menamatkan pilihan raya negeri mereka lebih awal pada tempoh berikut:

  • Pilihan Raya Negeri Sabah: November 2020
  • Pilihan Raya Negeri Sarawak: November 2021
  • Pilihan Raya Negeri Melaka: Disember 2021
  • Pilihan Raya Negeri Johor: Mac 2022

Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023

Memandangkan tempoh lima tahun semakin hampir, maka negeri-negeri berikut mengambil keputusan untuk membubarkan DUN mereka. Beberapa negeri yang terlibat adalah:

  • Pulau Pinang
  • Kedah
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Kelantan
  • Terengganu

Seiring dengan enam negeri ini bagi PRN 2023, pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu juga dijadualkan akan berlangsung.

Ini berlaku kerana keputusan PRU15 telah dibatalkan oleh Mahkamah Pilihan Raya Terengganu selepas mereka mendapati terdapat unsur rasuah untuk mempengaruhi pengundi.


Tarikh-tarikh Yang Perlu Diingati

Penamaan calon telah berlangsung pada hari Sabtu lalu (29 Julai). Tempoh kempen kemudiannya dimulakan secara rasmi selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan nama calon yang layak bertanding.

Calon dan parti mereka diberi tempoh dua minggu untuk berkempen dan meyakinkan orang ramai untuk mengundi mereka.

Sementara itu, hari pengundian awal telah bermula pada hari ini (8 Ogos) dan pengundian umum akan berlangsung pada Sabtu ini (12 Ogos).

Sumber: MalayMail

Pengundian awal hanya dibuka kepada kumpulan tertentu melibatkan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), anggota polis dan tentera serta pasangan mereka.

Terdapat juga undi pos untuk kumpulan tertentu termasuk media dan mereka yang tinggal di luar negara.

Prosedur ini membolehkan individu yang bertugas pada hari pengundian umum atau menetap di luar negara untuk tetap menjalankan tanggungjawab bagi membuang undi.


Adakah Keputusan Pada Sabtu Ini Akan Mempengaruhi Kerajaan Persekutuan?

Keputusan daripada proses pengundian pada hari Sabtu ini tidak akan mempengaruhi kerajaan Persekutuan tetapi secara tidak langsung akan memberi kesan kepada Kerajaan Perpaduan yang kini memegang majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen.

Sekiranya Kerajaan Perpaduan yang dianggotai oleh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Semenanjung gagal menang di mana-mana enam negeri, ia akan menjadi pengukur terhadap kepimpinan mereka.

Sumber: MalayMail

Siapa Akan Bertanding Dengan Siapa?

Parti politik yang akan menjadi lawan dalam PRN 2023 adalah melibatkan Kerajaan Perpaduan (PH dan BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai oleh PAS, Gerakan serta Bersatu.

Buat masa ini , PH memegang tampuk kepimpinan di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang manakala PAS pula mentadbir negeri Kedah, Kelantan serta Terengganu.


Adakah Anda Sudah Mendaftar Sebagai Pengundi?

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah menyemak status pengundian di laman web SPR dan juga boleh melihat senarai penuh calon bertanding di laman web yang sama.

Kalau anda tidak mengenali mereka, boleh cuba cari di media sosial, tetapi tidak semua calon yang aktif secara atas talian.

Mungkin pengundi juga boleh mendengar manifesto yang dijanjikan semasa mereka membuat lawatan di kawasan berhampiran.

Sumber: MalayMail

Jangan Lupa Untuk Mengundi Pada Sabtu Ini

Bagi pilihan raya negeri akan datang, terdapat 3,190 pusat pengundian dengan 17,048 saluran pengundian, bersama-sama dengan 260 pusat pengundian awal serta 377 saluran pengundian.

12 Ogos ini adalah tarikh penting bagi menentukan tampuk pimpinan kerajaan negeri anda. Jadi, pilihlah calon yang tempat. Selamat mengundi!

Artikel Berkaitan: Kenapa Hanya 6 Negeri Perlu Bubar DUN & Jalani PRN Tahun Ini? Ini Penjelasannya

Artikel Berkaitan: PRU15: Pertama Kali Mengundi? Ikuti Panduan Dari Kami

Artikel Berkaitan: Jangan Upload Gambar Kertas Undi Di Media Sosial!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd