Now Reading
Doktor Dedah 6 Jenis Ubat Yang Perlu Ada Di Setiap Rumah, Standby!

Doktor Dedah 6 Jenis Ubat Yang Perlu Ada Di Setiap Rumah, Standby!

Antara ubat yang perlu ada di rumah anda adalah ubat demam (paracetamol) dan ubat tahan sakit (voltaren).

Doktor Dedah 6 Jenis Ubat Yang Perlu Ada Di Setiap Rumah, Standby!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pepatah ‘Sediakan payung sebelum hujan’ sesuai diaplikasikan dalam kehidupan apabila kita sentiasa bersedia dan berwaspada daripada ditimpa kesusahan.

Antara situasi yang tidak dijangka adalah ketika diri ditimpa penyakit atau masalah kesihatan secara tiba-tiba seperti sakit perut, demam, muntah, batuk dan sebagainya.

Jadi sebelum jatuh sakit, lebih baik anda menyediakan beberapa ubat-ubatan dan di rumah, di dalam kereta, atau di mana-mana sahaja sebagai langkah persediaan.


Doktor Kesihatan Cadangkan 6 Jenis Ubat Yang Perlu Ada Di Rumah Sebagai Persediaan

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@dr_luq), seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Luq berkongsi beberapa jenis ubat yang perlu ‘standby’ di rumah.

Antaranya:

  • Ubat demam (paracetamol)
  • Ubat batuk (bromhexine dan benadryl)
  • Ubat selesema (loratadine dan piriton)
  • Ubat tahan sakit (voltaren)
  • Ubat cirit-birit (loperamide dan charcoal)
  • Ubat sakit perut (hyoscine atau buscopan),
  • Ubat sembelit (lactulose)
  • Ubat muntah (dimenhydrinate atau maxolon)
  • Ubat gatal (certirizine)

Perkongsian video itu telah meraih 662,000 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

Sumber: TikTok @dr_luq

Cara Penyimpanan Ubat Dengan Betul.

Mungkin ramai yang masih keliru tentang cara sebenar untuk menyimpan ubat seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jom kami kongsikan beberapa tips untuk anda.

Antaranya:

  1. Cara penyimpanan ubat biasanya dinyatakan pada sisi kotak atau bungkusan asal ubat.
  2. Cara penyimpanan ubat boleh didapati dalam sisipan produk di bawah tajuk “penyimpanan” atau “storage”.
  3. Pihak farmasi mungkin meletakkan pelekat dengan arahan penyimpanan pada bekas ubat.
  4. Anda boleh bertanya terus kepada ahli farmasi yang memberi ubat.
Sumber: Verst

Ubat Simpanan Peti Sejuk

Jika arahan pada bungkusan ubat menyatakan “simpan pada suhu 2 – 8°C”, “keep refrigerated” atau “store at 2 – 8°C” ia bermaksud anda perlu menyimpan ubat tersebut dalam peti sejuk.

Peti sejuk di farmasi terdapat alat kawalan suhu dan penanda suhu semasa.

Tetapi kebanyakan peti sejuk domestik tidak menunjukkan suhu semasa peti sejuk. Oleh itu, langkah-langkah berikut disarankan untuk penyimpanan ubat dalam peti sejuk domestik:

  1. Simpan ubat di rak tengah peti sejuk serta jarakkan dari barang-barang lain dalam peti sejuk.
  2. Jauhkan ubat dari bahagian sejuk beku dan lubang udara untuk mengelak pembentukan kristal ais yang merosakkan ubat.
  3. Tidak menyimpan ubat di bahagian pintu peti sejuk kerana ubat akan terdedah kepada suhu yang tidak sekata setiap kali pintu peti sejuk dibuka.
  4. Pastikan ubat sukar dicapai oleh kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut, ibu bapa disarankan untuk merujuk kepada pakar perubatan atau ahli farmasi terlebih dahulu tentang cara penyimpanan ubat anak-anak.

Artikel Berkaitan: Simpan Ubat Demam Paracetamol Terlalu Lama Dalam Peti Sejuk Undang Bahaya

Artikel Berkaitan: KKM Gesa Orang Awam Henti Guna Ubat Guaifenesin Syrup Kerana Tidak Berdaftar Di Malaysia

Artikel Berkaitan: Ubat Sakit Tekak Habis? Guna 3 Alternatif Ini Yang Terbukti Efektif

Sumber: TikTok Dr_Luq


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd