Now Reading
KKM Gesa Orang Awam Henti Guna Ubat Guaifenesin Syrup Kerana Tidak Berdaftar Di Malaysia

KKM Gesa Orang Awam Henti Guna Ubat Guaifenesin Syrup Kerana Tidak Berdaftar Di Malaysia

Produk sirap ubat batuk Guaifenesin Syrup TG Syrup yang dikilangkan oleh QP Pharmachem Ltd di Punjab, India tercemar dengan bahan Diethylene glycol (DEG) dan Ethylene glycol (EG).

KKM Minta Orang Awam Henti Guna Ubat Guaifenesin Syrup Kerana Tidak Berdaftar Di Malaysia (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan mengeluarkan satu kenyataan di mana satu produk ubat batuk Guaifenesin Syrup TG Syrup yang dikilangkan oleh QP Pharmachem Ltd tidak berdaftar di Malaysia.

Perkara tersebut dikenal pasti selepas semakan dilakukan menerusi pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) berkaitan produk dari Punjab, India ini.

Lebih membimbangkan lagi, ubat batuk itu juga dikesan mengandungi Diethylene glycol (DEG) dan Ethylene glycol (EG) yang toksik kepada tubuh badan manusia.

Antara kesan sekiranya seseorang terdedah dengan bahan tercemar itu adalah seperti:

  • Sakit pada bahagian abdomen
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Kesukaran untuk membuang air kecil
  • Sakit kepala
  • Perubahan kepada mental
  • Kecederaan teruk pada buah pinggang.

Produk tercemar ini adalah tidak selamat untuk digunakan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kerana boleh menyebabkan kesan serius atau kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum amaran yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 25 April 2023 lalu berhubung pencemaran sirap ubat batuk berkenaan.

KKM Minta Orang Awam Henti Guna Ubat Guaifenesin Syrup Kerana Tidak Berdaftar Di Malaysia
Sumber: BBC

KKM Minta Orang Awam Henti Guna Sirap Ubat Batuk Guaifenesin Syrup TG Syrup

Bagi melindungi keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia, KKM menasihati orang awam untuk menghentikan penggunaan sirap ubat batuk Guaifenesin Syrup TG Syrup ini.

KKM ingin menasihati orang awam yang berkemungkinan menggunakan atau mengetahui sesiapa yang sedang menggunakan produk ini untuk segera menghentikan penggunaannya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang awam untuk mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan sekiranya mengalami sebarang kesan sampingan.

Sekiranya anda terjumpa mana-mana pihak yang menjual produk tidak berdaftar ini di pasaran, boleh segera membuat laporan menerusi portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA).

Laporan juga boleh dilakukan di Cawangan Penguatkuasaan Farmasi berhampiran atau menghubungi talian 03-78413200 bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil oleh pihak KKM.

Terdahulu, KKM telah membatalkan pendaftaran dan mengeluarkan arahan panggil balik ke atas semua produk berdaftar yang mengandungi Pholcodine.

Perkara tersebut dilakukan berikutan terdapat risiko keselamatan dikesan iaitu risiko terjadinya anafilaksis (reaksi alahan teruk dan mengancam nyawa) dengan penggunaan ubat pengendur otot (muscle relaxant) atau neuromuscular blocking agents (NMBAs) semasa proses pembiusan umum (general anaesthesia).

Antara produk yang ditarik semula pengunaannya adalah:

  • Difflam Anti-Inflammatory Anti-Bacterial Lozenges With Cough Suppreessant
  • Promedyl Plus Linctus
  • Pholcodyl Syrup
  • Rhynacol F Syrup
  • Ducodin Forte Linctus

BACA JUGA: KKM Umum Penarikan Semula 14 Produk Ubatan Yang Miliki Kandungan Pholcodine

BACA JUGA: Ubat Gegat Bukan Untuk Lipas. Apa Fungsi Sebenar Ubat Ini?

BACA JUGA: Tinjauan Dedah 7 Daripada 10 Petugas Kesihatan Pertimbang Untuk Letak Jawatan


Alternatif Berkesan Jika Stok Ubat Sakit Tekak Di Rumah Sudah Habis

Bila sakit tekak, mesti ramai yang akan mencari stok Paracetamol atau Lozenges, betul tak? Tapi sesetengah farmasi pula tidak mempunyai bekalan yang banyak untuk ubat-ubatan ini.

Tapi jangan risau kerana ada alternatif lain untuk anda merawat sakit tekak tanpa memerlukan antibiotik. Antara rawatan lain yang boleh digunakan adalah:

  • Madu
  • Bawang putih
  • Air garam (dikumur)
  • Teh Peppermint dan Chamomile 
  • Pelembab udara

BACA JUGA: Ubat Sakit Tekak Habis? Guna 3 Alternatif Ini Yang Terbukti Efektif

BACA JUGA: Simpan Ubat Demam Paracetamol Terlalu Lama Dalam Peti Sejuk Undang Bahaya


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd