Tinjauan Dedah 7 Daripada 10 Petugas Kesihatan Pertimbang Untuk Letak Jawatan
73% daripada mereka yang mempertimbangkan keputusan untuk berhenti kerja terdiri daripada doktor, ahli farmasi, doktor gigi, jururawat dan pembantu pegawai kesihatan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Dalam satu tinjauan yang dijalankan baru-baru ini oleh laman web berita kesihatan CodeBlue, didapati 95% daripada 1,652 kakitangan kesihatan merangkumi doktor dan jururawat kerajaan di Malaysia menyatakan bahawa sistem kesihatan awam negara sedang menghadapi krisis.
Lebih mengeruhkan keadaan lagi, 73% daripada mereka terdiri daripada doktor, ahli farmasi, doktor gigi, jururawat dan pembantu pegawai kesihatan sedang mempertimbangkan keputusan untuk berhenti kerja.
Malah, separuh daripada mereka bersetuju untuk menyertai sebarang bantahan yang dianjurkan oleh mana-mana.
Tinjauan juga mendapati hanya 2% daripada jumlah keseluruhan responden tidak bersetuju dengan krisis dalam sistem kesihatan manakala 2% lagi tidak pasti.
Hasil tinjauan juga mendapati 53% daripada responden yang turut terdiri daripada golongan profesional menandakan pada pilihan ‘sangat marah’ tentang situasi semasa berkaitan sistem kesihatan awam.
Orang Ramai Kongsi Pengalaman Bekerja Dalam Sektor Kesihatan
Netizen berkongsi pendapat mereka di media sosial berkaitan isu tersebut dan rata-ratanya bersetuju bahawa pekerjaan sebagai kakitangan kesihatan adalah sangat meletihkan dan memenatkan.
Salah seorang pengguna Twitter (@PEBin09) menceritakan pengalamannya sebelum ini yang terpaksa mengambil masa agak lama untuk membuatkan keputusan berhenti bekerja sebagai pekerja kesihatan.
The amount of time i was considering this last time was not funny at all😅.
— PEBin met the PEB 🤯🐳 (@PEBin09) February 2, 2023
Work n Oncall until morning then next day continue working until evening. Driving back to work super drowsy.🥺 never willing to go through that again https://t.co/Rr5q6sXYCj
Seorang lagi pengguna Twitter (@junakarma) pula berkongsi kisah apabila beberapa rakannya yang bekerja dalam sektor kesihatan dilihat seolah-olah seperti kuli kerana terpaksa bekerja lebih masa tanpa diberikan sebarang cuti rehat.
Malah, ada juga yang didakwa ditukar ke jabatan lain dalam tempoh yang terlalu singkat.
It’s no longer something that we can deny. Most of my peers are at their lowest point. I know it’s called ‘public servant’ but this is literally kuli, literally hamba. Overwork lagi, no offday lagi, kena tukar dept last minute lagi, no wonder orang sanggup je berhenti kerja. https://t.co/y4cz7ySF72 pic.twitter.com/oIMimkCvYM
— Juna (@junakarma) February 1, 2023
Pengguna Twitter (@SeriouslyIffah) pula berkata sekiranya ada jalan lain untuk membolehkan dirinya menjadi pakar bedah, berkemungkinan dia sudah berhenti dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
To be honest, if there was any other pathway to become a surgeon in Malaysia, I would have quit KKM also. https://t.co/yo7eyKBVxx
— Iffah Ismail (@SeriouslyIffah) February 2, 2023
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Turut Beri Respon
Sementara itu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) telah meminta KKM untuk mengambil keputusan dalam tinjauan CodeBlue secara positif dan berusaha ke arah mempercepatkan pembaharuan.
Hasil tinjauan itu telah menjadi bukti kepada apa yang diketengahkan oleh MMA bahawa ramai pekerja kesihatan awam kini kecewa dengan sistem mereka. Walaupun hanya 1,652 yang menyertai tinjauan itu, ia tidak boleh dipandang ringan.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Muruga Raj Rajathurai.
Perkara ini turut menjadi kebimbangan buat Presiden MMA kerana risau sekiranya pekerja sudah tidak mampu menahan kekecewaan semasa menjalankan tugas.
Walaupun beliau bersetuju bahawa menteri kesihatan telah bekerja keras menunjukkan komitmen yang jitu ke arah pembaharuan penjagaan kesihatan, namun beberapa penambahbaikan perlu dilakukan dengan lebih pantas.
Kami berharap ketika kerajaan membuat persediaan untuk pembentangan semula Bajet 2023, bajet yang lebih banyak diperuntukkan bagi sektor kesihatan dengan mempertimbangkan semula peningkatan sumber manusia yang bekerja dalam bidang tersebut.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Muruga Raj Rajathurai.
Tambahnya lagi, beliau percaya Perdana Menteri Datuk Seri Anawr Ibrahim yang juga seorang reformis memahami kepentingan sistem penjagaan kesihatan yang kukuh.
Oleh itu, beliau berharap agar bajet untuk sektor kesihatan mencerminkan komitmen kerajaan terhadap pembaharuan dalam penjagaan kesihatan yang sangat diperlukan.
Pakar Perunding Pediatrik Pula Beri Pendapat
Selain itu, pakar perunding pediatrik Datuk Dr Amar Singh HSS turut memuat naik ciapan di laman Twitter miliknya (@DrAmarMOH) dengan mengatakan bahawa pekerja KKM telah bekerja terlebih masa, dibayar rendah dan kerap berlaku kekurangan kakitangan untuk tempoh yang lama.
Rintihan pekerja kesihatan dilihat seolah-olah tidak didengar dan pesakit juga merana.
Pakar Perunding Pediatrik Datuk Dr Amar Singh HSS
Ciapan beliau mencerminkan 83% sokongan pekerja kesihatan bahawa kerajaan mengambil ringan dalam menangani isu sistem kesihatan awam.
80% respoden pula bersetuju mereka tidak dibayar gaji yang setimpal dengan beban kerja manakala 78% lagi menyatakan beban kerja terlalu berat.
Lebih teruk lagi, 25% responden mendedahkan mereka telah dibuli di tempat kerja dan 2% mengalami gangguan seksual ketika bekerja.
MOH has been
— Amar-Singh HSS (@DrAmarMOH) January 31, 2023
overworked,
underpaid,
and understaffed
for a very long time.
Seems no one wants to hear the cries of the staff.
And the patients suffer.
CodeBlue mendedahkan hampir dua pertiga daripada mereka yang menyertai tinjauan itu adalah:
- Pegawai Kesihatan (64%)
- Pegawai Perubatan Siswazah (11%)
- Pakar Perubatan (8%)
- Pegawai Farmasi (8%)
- Pegawai Perubatan Subpakar (3%)
- Penolong Pegawai Perubatan (2%)
- Pegawai Pergigian (2%)
- Jururawat (1%)
Kebanyakan responden yang terlibat adalah mereka yang berkhidmat di hospital KKM dengan melibatkan 77%, manakala 16%di klinik kesihatan dan 5% lagi di hospital perguruan.
Jadi, apa pendapat pula anda tentang situasi ini?
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.