Now Reading
Ubat Sakit Tekak Habis? Guna 3 Alternatif Ini Yang Terbukti Efektif

Ubat Sakit Tekak Habis? Guna 3 Alternatif Ini Yang Terbukti Efektif

Ada alternatif lain untuk mengubati sakit tekak sebab bukan kesemua sakit tekak memerlukan antibiotik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


“Sediakan payung sebelum hujan.”

Ungkapan yang sering diperkatakan dan membawa maksud berwaspada sebelum ditimpa kesusahan.

Ini kerana, apa jua yang kita lakukan di dunia ini, kita seharusnya memikirkan masa hadapan dan bersiap sedia dalam sesuatu perkara sebelum ia ditimpa akan sesuatu musibah atau masalah. Sama juga dengan kesihatan seseorang.

Mungkin hari ini kita sihat walafiat, namun esok kita belum tahu sama ada kita masih kekal sihat atau ditimpa sakit. Terutamanya ketika musim pandemik ketika ini.

Risau.

BACA JUGA: Positif Covid-19? Ini Antara ‘Covid Starter Kit’ Penting Korang Perlu Ada!

Sumber: Healthline.

Jadi sebelum sakit, kita perlulah menyediakan beberapa ubat-ubatan yang ‘common’ dan boleh dikatakan perlu sentiasa ada di rumah, di dalam kereta, atau di mana-mana sahaja.

Be prepared, okay?


Ubat Sakit Tekak Habis?

Umum sedia maklum bahawa kebanyakan farmasi pada ketika ini kehabisan ubat-ubatan. Bukanlah kesemua jenis ubat yang habis, tapi selalunya ada masalah kekurangan stok untuk Paracetamol dan Lozenges (ubat sakit tekak).

Mungkin ada yang borong untuk disimpan di rumah.

Oleh itu, anda disarankan untuk tidak risau. Sebab ada alternatif lain untuk mengubati sakit tekak sebab bukan kesemua sakit tekak memerlukan antibiotik.

3 Alternatif Efektif Lain Untuk Mengubati Sakit Tekak:

1 . Madu.

Sumber: KlikDokter.

Madu telah terbukti berkesan untuk melegakan sakit tekak dan batuk. Ambil 1 sudu kecil untuk 2 kali sehari. Bukan sahaja melegakan sakit, madu juga membantu untuk menyembuhkan luka di tekak.

2. Kumur Air Garam.

Sumber: Halodoc.

Air garam yang suam dapat melegakan gejala sakit tekak. Ia juga boleh membantu membunuh kuman dan mengurangkan radang tekak. Kumur setiap 4-6 jam. Hati hati jangan tertelan pula.

3. Minum teh.

Sumber: Select Health.

Teh Peppermint dan Chamomile boleh membantu untuk mengurangkan radang dan mencairkan kahak. Bau yang nyaman mengurangkan gejala sakit tekak dan batuk.

Selain itu, jika ada humidifier atau pelembab udara boleh gunakan untuk melembabkan persekitaran. Minum dengan banyak, jangan merokok dan pastikan cukup tidur untuk menguatkan ketahahanan tubuh.

BACA JUGA: Simpan Ubat Demam Paracetamol Terlalu Lama Dalam Peti Sejuk Undang Bahaya


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd