Ubat Gegat Bukan Untuk Lipas. Apa Fungsi Sebenar Ubat Ini?
Gas yang dimiliki dalam ubat gegat sememangnya tidak memberi kesan yang banyak untuk lipas kerana lipas adalah serangga mudah ‘immune’ dengan racun.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Lipas sememangnya menjadi musuh ‘ketat’ ramai orang.
Nampak je lipas jauh sebatu, terabur berlari. Walaupun lipas itu bukannya ke arah kita, tapi memang ‘aura’ lipas ini menakutkan dan menggelikan sebenarnya.
Pendek kata, kalau ada lipas di dalam bilik tidur atau bilik air, kawasan itu adalah milik mereka. Kita pula yang sanggup tidur di luar ataupun menggunakan bilik air lain.
Ubat Gegat Boleh Halau Lipas Ke?
Mungkin ramai yang menganggap bahawa ubat gegat boleh digunakan untuk menghalau serta membunuh lipas, bukan? Ya, itu adalah sangkaan orang ramai setelah sekian lama.
Namun, baru-baru ini seorang pengguna Twitter (@naimpestcontrol) menerusi bebenang tweets telah memberikan penjelasan sebenar mengenai fungsi penggunaan ubat gegat ini.
Jelasnya, penggunaan ubat gegat untuk menghalau lipas boleh dikatakan mitos sahaja. Ini kerana, dia sendiri pernah tengok lipas makan ubat gegat ini ketika sedang melakukan kerja kawalan seranggan (pest control).
Jadi, apa fungsi sebenar ubat gegat ini?
Ubat Gegat Adalah Untuk Serangga Yang Bernama ‘Gegat’
Naim menerusi bebenang sama memberitahu, “Sesuai dengan namanya Ubat Gegat, racun jenis ni sesuai dengan serangga yang bernama Gegat. Pernah dengar serangga nama gegat? Gegat atau nama lain dia Silverfish atau ulat buku. Orang selalu salah sangka dengan anak lipan serangga ini.

“Mungkin ada yang tak pernah nampak serangga ni, tapi sebenarnya dia banyak je kat rumah kita. Boleh dikatakan sama banyak dengan lipas. Serangga ni merupakan perosak dalam kategori Crawling Insect Pest. Serangga ni tak berbisa, tapi boleh merosakkan banyak benda kat rumah kita,” jelasnya.
Silverfish (Gegat) ini suka untuk duduk di kawasan yang lembab dan juga sejuk. Gegat juga boleh memakan fabrik, kayu, buku, wallpaper dinding, sisa makanan, dan macam-macam lagi.

Tapi menurutnya, tempat paling biasa anda akan menjumpai gegat ini adalah pada buku-buku lama. Gegat suka makan gam pada kertas ataupun buku.
Bagaimana Ubat Gegat Berfungsi Hapuskan Silverfish (Gegat)?
Naim menjelaskan, “Silverfish ni bergerak laju dan pandai menyelinap. Agak susah nak hapuskan guna semburan aerosol biasa. Nak sembur aerosol ni kalau kita nampak baru boleh sembur.
“Ubat gegat ni diperbuat daripada bahan Dklorobenzina atau Naftalena (Naphtalene). Dua jenis bahan ni merupakan jenis bahan bakar. Bau yg dihasilkan dari ubat gegat ni sebenarnya hasil dari gas yang meruap dari ubat gegat tersebut.

“Gas dari ubat gegat ni dapat meruap ke segenap ruang tempat yang kita letak ubat gegat ni. Serangga gegat atau silverfish ni walaupon dia menyorok dekat celah2 lipatan baju atau kertas di tempat simpanan dia akan terkesan dgn gas dari ubat gegat ni,” katanya.
Selain itu, ubat gegat juga berkesan untuk Moth dan Kamitetep. Sebab itulah ubat gegat ini dipanggil sebagai ‘Moth Ball‘. Moth ini adalah pembiak kepada Kamitetep.
Kesimpulannya, gas yang dimiliki dalam ubat gegat sememangnya tidak memberi kesan yang banyak untuk lipas kerana lipas adalah serangga mudah ‘immune’ dengan racun. Sebab itulah lipas dengan selambanya boleh ‘ngap’ ubat gegat ini.
Untuk pengetahuan anda, penggunaan ubat gegat ini sebenarnya tidak berapa bagus untuk kesihatan kita. Terutama untuk mereka yang memiliki masalah penyakit G6PD.
Kesan pada makanan pun agak kuat. Sebab itulah apabila kita meletakkan ubat gegat di tempat penyimpanan makanan, makanan tersebut akan ada sedikit rasa dan bau ubat gegat, kan? (UGH).
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Ramai lagi ya tak tahu yg ubat gegat tu sebenarnya bukan untuk lipas.
— Naim AJ Pest (@naimpestcontrol) March 13, 2023
Jadi kalau bukan untuk lipas guna untuk apa dan apa fungsi ubat gegat ni ?
Jemput baca thread pasal ubat gegat ni. pic.twitter.com/lURZYJ26ne
BACA JUGA: Rumah Banyak Serangga? Jom Cuba Tips Ini Untuk Halau Haiwan Perosak
BACA JUGA: Rumah Banyak Cicak? Jom Buat Perangkap DIY Tangkap Haiwan Ini
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.