iPhone 15 Mula Dijual Di Malaysia 29 September Ini
Siri iPhone 15 iaitu model keluaran terbaharu dari jenama Apple akan menggantikan kabel pengecas jenis Lightning kepada USB-C.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Telefon pintar keluaran Apple iaitu iPhone telah menjadi kegemaran masyarakat seluruh dunia termasuklah rakyat Malaysia sendiri.
Ini kerana iPhone mempunyai beberapa fungsi menarik dan unik bagi memudahkan penggunaan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, fungsi ‘Apple Pay’ dan ‘copy paste’ gambar daripada galeri kepada platform lain seperti Instagram.
Apple Lancar iPhone Terbaharu Iaitu iPhone 15
Awal pagi ini (12 September), Apple telah melancarkan iPhone keluaran terbaharu iaitu iPhone 15 dengan pelbagai variasi seperti:
- iPhone 15
- iPhone 15 Plus
- iPhone 15 Pro
- iPhone 15 Pro Max
Mesti ramai yang tertanya-tanya, bila peranti model keluaran terbaharu ini akan ditawarkan di Malaysia?
Pra-tempahan dibuka pada 22 September dan bakal mula ditawarkan kepada umum bermula 29 September ini.

Fungsi Unik Pada iPhone 15 Keluaran Terbaharu Apple
Siri iPhone 15 ini akan menggantikan penggunaan kabel jenis Lightning kepada USB-C dan sekaligus menyeragamkan kabel wayar pengecas dengan MacBook.
Pengalihan jenis kabel ini merupakan salah satu usaha Apple untuk meneutralisasikan karbon menjelang tahun 2030.
Selain itu, model ini juga hadir dengan fungsi ‘Dynamic Island’ yang akan memaparkan ruangan berbentuk seperti pil pada skrin bahagian atas.
Dilengkapi dengan binaan berasaskan Titanium, model ini disertakan dengan cip Apple 17 Pro serta sebuah butang baharu di bahagian tepi yang dinamakan sebagai ‘Action Button’.

Harga Bagi Siri Model iPhone 15
Kepada anda yang mahu mengetahui harga bagi siri iPhone 15 ini, jom kami senaraikan di bawah:
- iPhone 15 (bermula RM4399)
- iPhoen 15 Plus (bermula RM4899)
- iPhone 15 Pro (bermula RM5499)
- iPhone 15 Pro Max (bermula RM6499)

Untuk mereka yang menggemari bidang teknologi lebih-lebih lagi melibatkan iPhone, pasti anda akan teruja dengan keluaran terbaharu dari Apple ini.
Artikel Berkaitan: iPhone Hilang Apa Perlu Buat? Ini Caranya
Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Cuma Bayar RM883.30 Beli iPhone 14 Pro Max Lepas Tolak Poin GrabPay. Biar Betul?
Artikel Berkaitan: Skrin iPhone Tiba-tiba Jadi Hijau, Putih Atau Kuning? Ini Apa Yang Anda Perlu Buat
Sumber: Apple
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.