iPhone Hilang Apa Perlu Buat? Ini Caranya
Tips paling utama: Ingat Apple ID dan password!
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kejadian telefon hilang ini sememangnya menjadi mimpi ngeri buat orang ramai, terutamanya pengguna iPhone (specifically).
Bukan nak cakap pengguna Android tak paranoid kalau hilang peranti berkenaan, tetapi pengguna iPhone selalunya akan lebih terkesan oleh kerana harga telefon tersebut yang agak mahal ataupun masih belum habis bayar ansuran.
BACA JUGA: iPhone 13 Dicuri, Pemilik Rayu Pulang Semula Sebab Ada Dokumen Umrah
Apa Perlu Buat Kalau iPhone Hilang?
Jangan risau, ada beberapa langkah yang perlu anda lakukan untuk dijadikan pengajaran sekiranya peranti anda hilang dari radar. Tips paling utama adalah:
INGAT APPLE ID & PASSWORD!
Dan diikuti dengan langkah-langkah untuk trace semula telefon korang iaitu:
- Ambil laptop/komputer, terus Google ‘Find My iPhone’.
- Masukkan Apple ID dan Password.
- Tunggu Apple semak lokasi iPhone (jika iPhone masih hidup dan ada connection internet, Apple akan beri notifikasi dan beritahu korang di mana iPhone berada).
- Kalau iPhone berada dalam mod ‘Offline’, iPhone masih boleh dikesan walaupun pencuri tutup iPhone (untuk iOS 15 dan ke atas).
Nota: Jika iPhone masih kekal dalam mod ‘Offline’, pilih ‘Lost’ mode dan masukkan mesej berantai seperti, “iPhone ini telah dicuri, minta sesiapa yang menjumpainya kembalikan kepada owner dengan menghubungi di nombor 016 XXX XXXX'”.
Pendek kata, anda tiada alasan untuk lupa Apple ID dan kata laluan. Kalau susah nak ingat boleh tulis dalam kertas dan simpan di tempat yang mudah untuk dijumpai.
Artikel Berkaitan: Lelaki Terima Upah RM500 Untuk Servis Cari iPhone 13 Mini Jatuh Gaung Di Genting Highlands
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.