iPhone 13 Dicuri, Pemilik Rayu Pulang Semula Sebab Ada Dokumen Umrah
Lebih terkilan apabila pemilik telefon sedang dikatakan sedang mengandung dan bakal menunaikan ibadah umrah pada hujung minggu ini
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Semalam (22 Februari), telah tularnya satu video rakaman CCTV yang dimuat naik oleh pengguna Twitter (tatarowk) di mana menunjukkan telefon jenis iPhone 13 miliknya telah dicuri oleh pelanggan di kedai roti.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Haruka Bakery, Melawati Mall.
Rakaman CCTV jelas menunjukkan seorang wanita bertudung hijau telah mengambil telefon tersebut yang ditinggalkan bersebelahan dengannya di kaunter bayaran.
Mula-mula tengok dulu, dah lama sikit baru ‘ambil’ dan disimpan seolah-olah telefon tersebut adalah miliknya.
Laju buat kerja.
TOLONG VIRAL KAN
— Nalissa Azmee (@tatarowk) February 22, 2022
HANDPHONE SAYA DICURI WANITA BERTUDUNG HIJAU INI
SIAPA KENA DIA ATAU FAMILY DIA MINTA HUBUNGI 0102263044 DENGAN SEGERA.
TOLONG RETWEET pic.twitter.com/c1SjmKTKk8
Tweet di atas telah dimuat naik pada jam 9:22pm semalam (22 Februari) dan pemilik telefon juga sudah membuat laporan polis tentang kejadian tersebut.
Malah, pemilik telefon atau lebih dikenali sebagai Tata, turut meminta kerjasama wanita bertudung hijau itu bagi memulangkan kembali telefon miliknya kerana dokumen perjalanannya untuk ke umrah hujung minggu ini semuanya disimpan di dalam telefon.
LAPORAN POLIS DIBUAT
— Nalissa Azmee (@tatarowk) February 22, 2022
BANTU SAYA SEBAB DOKUMEN PERJALANAN SY KE UMRAH PADA WEEKEND NI SEMUA DALAM PHONE pic.twitter.com/XRSfyu5zGf
Kejadian tersebut tidak dinafikan meraih perhatian ramai di media sosial. Bahkan, ada juga yang merasakan Tata berlaku cuai dan sebagainya.
Oleh itu, dia merasa perlu tampil menjelaskan perkara sebenar bagaimana telefon itu boleh tertinggal di hadapan kaunter.
Saya buat bayaran menggunakan QR pay depan kaunter. yes sy cuai tp sy bukan mendakwa sesiapa. sy minta bantuan utk phone hilang saja. if u have anything nice to say please say. kalau takde ignore tweet ni.
Tata/Nalissa Azmee.
Pencuri berjaya diberkas.
Kemas kini kes ini mendapati pencuri telefon tersebut telah berjaya ditangkap kira-kira jam 3:30 am tadi (23 Februari). Menurut Tata, telefon miliknya telah di ‘reset’ dan segala dokumen umrah yang diperlukan tidak dapat diselamatkan.
Menurutnya lagi, lima orang pegawai polis berjaya membanteras pencuri berkenaan dan kenyataan yang diberikan memang berunsur mencuri. Malah, si pencuri turut memohon maaf dan mengaku mencuri di atas sebab ingin menjual telefon tersebut.
Handphone memang dah kena reset, backup pun sampai Disember sahaja. Dokumen lepas Disember baru nak buat quartely tapi takda rezeki. Dokumen umrah semua gone. Takpela mungkin situ kita boleh belajar.
Tata/Nalissa Azmee.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



