Now Reading
Lelaki Ini Cuma Bayar RM883.30 Beli iPhone 14 Pro Max Lepas Tolak Poin GrabPay. Biar Betul?

Lelaki Ini Cuma Bayar RM883.30 Beli iPhone 14 Pro Max Lepas Tolak Poin GrabPay. Biar Betul?

Dengan menebus mata ganjaran sebanyak 893,590, lelaki ini hanya membayar RM883.30 untuk sebuah iPhone 14 Pro Max berbanding harga asalnya iaitu RM6,299.

Lelaki Ini Hanya Bayar RM883.30 Beli iPhone 14 Pro Max Lepas Tolak Points GrabPay

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Boleh dikatakan hampir setiap tahun mesti akan ada telefon bimbit keluaran baharu oleh syarikat Apple.

Buat peminat gajet, mesti ramai yang tak sabar nak membuat tempahan bagi memiliki iPhone 14 Pro Max dengan harga bermula RM5,299. Harga pun boleh tahan juga ya!

Di Malaysia, telefon bimbit ini masih tiada di pasaran.

BACA JUGA: Notch Seakan Bentuk Pil! Apple Lancar iphone 14 Pro & iPhone 14 Pro Max Dengan Reka Bentuk Paparan Hadapan Baharu [Video]

Beli iPhone 14 Pro Max dengan harga RM883.30

Disebabkan harga telefon bimbit iPhone kebanyakannya agak mahal, ada juga yang membuat pembayaran secara ansuran.

Namun lain pula dengan taktik yang dilakukan oleh seorang lelaki warganegara Malaysia ini menerusi perkongsian yang dimuat naik olehnya di laman Facebook miliknya (黄志耀).

Perkongsiannya itu menarik perhatian orang ramai selepas dikatakan membeli iPhone 14 Pro Max 256 GB daripada Machines di Singapura dengan hanya membayar RM883.30 sahaja.

Sumber: Facebook/ 黄志耀

Macam mana boleh jadi murah macam tu?

Dengan menebus mata ganjaran berjumlah 893,590 yang dikumpul daripada penggunaan GrabPay, lelaki tersebut telah melakukan penjimatan sebanyak RM5,415.70.

Kalau dikira semula, lelaki tersebut hanya perlu membayar 14% sahaja daripada harga asal iaitu RM6,299.

Ramai mula berjinak nak kumpul mata ganjaran guna GrabPay

Di ruangan komen hantaran yang dimuat naik itu, nampaknya ramai yang mula tertarik untuk mengumpul mata ganjaran dengan menggunakan GrabPay.

Mana tahu boleh guna untuk beli iPhone 15 pula ke?

Bijak juga cara macam ini kan? Sambil berbelanja boleh buat simpanan. Menarik!

BACA JUGA: “Keluar Lepak Bawa iPhone Je Lepas Ni” – Sah! Apple Pay Sudah Boleh Digunakan Di Malaysia [Video]


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd