Now Reading
Skrin iPhone Tiba-tiba Jadi Hijau, Putih Atau Kuning? Ini Apa Yang Anda Perlu Buat

Skrin iPhone Tiba-tiba Jadi Hijau, Putih Atau Kuning? Ini Apa Yang Anda Perlu Buat

Perkara pertama yang perlu dilakukan jika skrin iPhone anda rosak secara tiba-tiba adalah dengan menghubungi Apple Centre.

Skrin iPhone Tiba-tiba Jadi Hijau, Putih Atau Kuning? Ini Apa Yang Anda Perlu Buat

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Telefon bimbit keluaran Apple iaitu iPhone merupakan salah satu pilihan rakyat Malaysia dalam memilih alat untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian.

Terdapat beberapa ciri yang membuatkan iPhone mendapat permintaan yang tinggi di Malaysia seperti kualiti kamera, boleh ‘copy paste’ ayat dalam gambar dan adanya kemudahan ‘Apple Pay’.

Buat masa ini, telefon keluaran Apple yang terkini adalah iPhone 14 dan iPhone 15 juga sudah dalam perancangan.

BACA JUGA: Pengguna iPhone Di Malaysia Kini Dapat Sokongan 5G, Ini Senarai Peranti Yang Diumumkan DNB

BACA JUGA: “Keluar Lepak Bawa iPhone Je Lepas Ni” – Sah! Apple Pay Sudah Boleh Digunakan Di Malaysia [Video]


Apa Perlu Buat Jika Skrin iPhone Tiba-tiba Bertukar Jadi Hijau, Putih Atau Kuning?

Kepada pengguna iPhone di luar sana, anda pernah tak mengalami masalah di mana skrin telefon anda tiba-tiba bertukar warna hijau, putih atau kuning?

Sekiranya anda mengalami masalah tersebut, boleh ke kalau nak buat tuntutan (claim)? Jawapannya boleh, tidak kira sama ada anda masih mempunyai waranti atau sudah tamat.

Skrin-iPhone-Tiba-tiba-Jadi-Hijau-Putih-Atau-Kuning_-Ini-Apa-Yang-Anda-Perlu-Buat-2
Sumber: iPro Ampang

Menerusi perkongsian yang dimuat naik semula oleh pengguna Twitter (@MySamudera), terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan kepada mereka yang mahu membuat tuntuan berikutan kerosakan yang berlaku.

NOTA KAKI: Langkah-langkah ini adalah untuk mereka yang mempunyai waranti telefon tamat tempoh.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1. Cara Buat Tuntutan Jika Skrin iPhone Tukar Warna: Hubungi Apple Centre

Perkara pertama yang anda perlu buat adalah menghubungi Apple Centre di talian 1800803638 dan terangkan kepada mereka bagaimana telefon anda boleh bertukar warna.

Kemudian, berikan maklumat yang diperlukan seperti nombor siri, Apple ID dan juga alamat e-mel.

2. Cara Buat Tuntutan Jika Skrin iPhone Tukar Warna: Hantar Telefon Anda Ke Cawangan Kedai iPhone Terdekat

Langkah seterusnya adalah anda akan menerima e-mel daripada Apple dan perlu menghantar telefon ke cawangan kedai seperti Switch atau Machine yang terdekat.

Anda juga akan dikenakan bayaran RM100 untuk membuka laporan berhubung kerosakan itu.

3. Cara Buat Tuntutan Jika Skrin iPhone Tukar Warna: Balas E-mel Yang Dihantar Oleh Apple

Selepas menghantar telefon ke cawangan kedai berhampiran, anda diminta untuk membalas e-mel dari Apple sebelum ini dengan memaklumkan lokasi cawangan yang dihantar dan nama pekerjanya.

Pihak Apple akan berhubung dengan pekerja cawangan tersebut. Proses semakan telefon anda itu akan mengambil masa kira-kira tiga hari untuk melihat punca kerosakan.

4. Cara Buat Tuntutan Jika Skrin iPhone Tukar Warna: Tunggu Panggilan Dari Apple Support

Selepas tempoh tiga hari, pihak Apple Support akan menghubungi anda menggunakan talian +6569725170 dan akan memaklumkan tuntutan anda adalah percuma walaupun sudah tamat waranti.

5. Cara Buat Tuntutan Jika Skrin iPhone Tukar Warna: Telefon Anda Boleh Diambil Semula Selepas Tempoh Satu Hingga 14 Hari

Telefon anda boleh diambil semula dalam tempoh satu hingga 14 hari dan tuntutan juga adalah percuma.


Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang sedang mengalami masalah sama sekarang.

BACA JUGA: Lebih Cepat & Jimat Kos, Apple Kini Benarkan Pengguna Baiki iPhone Sendiri

BACA JUGA: Tak Perlu Ke Kedai Foto, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Gambar Pasport Di Rumah Untuk Pengguna iPhone


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd