Now Reading
Apple Kongsi Cara Betul Keringkan iPhone Terkena Air, Rupanya Tak Boleh Letak Dalam Bekas Isi Beras

Apple Kongsi Cara Betul Keringkan iPhone Terkena Air, Rupanya Tak Boleh Letak Dalam Bekas Isi Beras

Apple juga menasihati pengguna agar tidak mengeringkan iPhone yang sedang basah dengan sumber haba luaran seperti pengering rambut atau ‘compressed air’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan, masalah telefon pintar rosak akibat terendam atau terkena percikan air yang banyak bukanlah sesuatu yang dapat dielak meskipun anda merupakan seorang yang sangat berhati-hati dalam menjaga barangan peribadi.

Meskipun kebanyakan ‘smartphone’ pada masa kini sudah dilengkapi dengan ‘ingress protection’ (IP), tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk peranti itu dimasuki air sehingga merosakkan komponen dalamnya.Antara nasihat yang sering didengari bahkan dikongsikan di media sosial sekiranya telefon pintar rosak akibat dimasuki air adalah dengan masukkan peranti itu ke dalam bekas yang berisi beras dan biarkan ia untuk beberapa hari.

Cara itu dikatakan berkesan kerana fungsi butiran-butiran beras kononnya dapat menyerap air yang berada di dalam telefon.

Apple larang pengguna masukan iPhone ke dalam bekas berisi beras

Bagaimanapun, syarikat teknologi antarabangsa terkemuka, Apple melarang para penggunaanya untuk melakukan perkara itu kepada produk-produk keluarannya seperti iPhone, Apple Watch dan iPad.

Menurut laman web rasmi Apple Support, memasukan iPhone ke dalam beras boleh menyebabkan sebahagian zarah-zarah kecil yang terdapat pada makanan itu masuk ke dalam peranti sekali gus merosakkannya.

Jangan buat perkara ini sekiranya iPhone basah

Selain itu, Apple juga menasihati pengguna agar tidak mengeringkan iPhone yang sedang basah dengan sumber haba luaran seperti pengering rambut atau ‘compressed air’.

Tidak hanya itu, syarikat yang berasal daripada Amerika Syarikat (AS) itu juga melarang orang ramai memasukan benda asing seperti kapas atau tisu ke dalam lubang pengecasan untuk mengeringkannya.

Susulan itu, Apple berkongsi cara yang perlu dilakukan untuk mengeringkan iPhone yang berada dalam keadaan basah.

Berikut cara yang diajar oleh Apple

Apple menyarankan agar anda mengetuk secara lembut iPhone yang berada dalam keadaan basah dengan keadaan lubang pengecasan menghadap ke bawah. Biarkan juga peranti itu diletakan di kawasan kering yang mempunyai sistem pengudaraan.

Selepas 30 minit, cuba cas peranti itu dengan menggunakan kabel ‘Lightning’ atau USB-C atau sambungkan ia dengan aksesori lain.

Sekiranya anda masih melihat amaran kesan cecair, ia bermakna masih terdapat ‘liquid’ di dalam lubang penyambung atau di bawah pin kable anda.

Untuk situasi ini, tinggalkan telefon anda di tempat kering yang memiliki pengudaraan untuk jangka masa beberapa hari lagi. Setelah itu anda boleh cuba mengecas atau menyambungkan iPhone dengan apa-apa aksesori semula.

Hal ini kerana iPhone mungkin perlu mengambil masa lebih daripada 24 jam untuk ia kering sepenuhnya.

Jika telefon anda telah kering tetapi masih tidak boleh dicas, cabut kabel daripada adapter dan kemudian cabut pula adaptor dari soket (jika boleh) dan kemudian sambungkannya semula.

Apa nak buat sekiranya iPhone dan aksesorinya tak basah?

Sekiranya anda melihat amaran ‘liquid-detection’ setiap kali sambungkan ia dengan sebarang kabel, kabel atau aksesori yang disambungkan itu mungkin telah rosak.

Untuk situasi sebegini, sebaiknya anda menghubungi pihak syarikat pengeluaran aksesori atau kabel tersebut.

Sekiranya aksesori atau kable pengecasan itu adalah daripada syarikat Apple sendiri, maka hubungi Apple Support.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd