Now Reading
Kerap Terkena Ulser Dalam Mulut? Ini 11 Jenis Ubat Untuk Merawatnya

Kerap Terkena Ulser Dalam Mulut? Ini 11 Jenis Ubat Untuk Merawatnya

Antara punca yang menyebabkan ulser tumbuh di dalam mulut adalah kerana dehidrasi, stres dan juga penjagaan mulut tidak bersih.

Kerap Terkena Ulser Mulut? Ini 11 Jenis Ubat Untuk Rawat Anda

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Cuaca panas yang melanda Malaysia sejak akhir-akhir ini dilihat agak membimbangkan selepas beberapa negeri seperti Kedah, Terengganu, Kelantan dan Sabah menerima amaran tahap satu dengan suhu boleh mencecah sehingga 37 darjah Celcius.

Peningkatan suhu ini lebih merisaukan apabila berlakunya kes strok haba dalam kalangan kanak-kanak.

BACA JUGA: 2 Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Strok Haba, Ini Punca & Langkah Mencegah Yang Ibu Bapa Patut Tahu

Berikutan itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengarahkan kesemua institusi pendidikan di bawah mereka untuk menangguhkan aktiviti luar bilik darjah.

BACA JUGA: KPM Arah Tangguh Aktiviti Luar Bilik Darjah, Elak Strok Haba Dalam Kalangan Murid & Guru


Ubat Yang Boleh Merawat Masalah Ulser Di Dalam Mulut

Suhu yang panas juga boleh menyebabkan seseorang mudah mengalami dehidrasi sehingga mengakibatkan ulser di dalam mulut.

Sesetengah orang tua pula ada beri petua untuk meletakkan garam pada ulser bagi membunuh pertumbuhan bakteria. Siapa yang pernah letak garam pada ulser sahaja yang tahu betapa peritnya terpaksa menahan sakit itu.

Jangan risau, kalau anda tak sanggup lagi nak hadap sakit selepas meletakkan garam, berikut adalah beberapa jenis ubat yang boleh merawat ulser di dalam mulut. Antaranya:

1. Ubat Untuk Rawat Ulser Dalam Mulut: Bonjela Fast Acting Gel

Sumber: Twitter
  • Dapat melegakan kesakitan dari memakai gigi palsu
  • Tiada kandungan gula
  • Mengurangkan kesakitan mulut
  • Tidak sesuai untuk bayi berusia bawah empat bulan

2. Ubat Untuk Rawat Ulser Dalam Mulut: Oragel Pain Relief & Antiseptic

Sumber: Twitter
  • Halal dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Dapat melawan jangkitan dalam mulut
  • Boleh digunakan untuk kanak-kanak
  • Tidak sesuai untuk bayi berusia bawah empat bulan

3. Ubat Untuk Rawat Ulser Dalam Mulut: TIME Oral Ulcer Patch

Sumber: Twitter
  • Dapat melindungi tisu yang luka
  • Tidak mengandungi steroid
  • Dapat mengurangkan iritasi dan kesakitan
  • Boleh digunakan oleh kanak-kanak dan ibu hamil

4. Ubat Untuk Rawat Ulser Dalam Mulut: HURIX’S Cream For Mouth Ulcer Plus

Sumber: Twitter
  • Dijamin Halal
  • Bagus untuk melegakan ulser mulut
  • Boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia dua tahun ke atas
  • Dapat melegakan bengkak dalam mulut
  • Tidak sesuai digunakan oleh bayi dan wanita hamil

5. Ubat Untuk Rawat Ulser Dalam Mulut: HURIX’S Mouth Ulcer & Sore Throat Powder

Sumber: Twitter
  • Halal dan mendapat kelulusan dari KKM
  • Melegakan sakit tekak
  • Dapat menyembuhkan ulser mulut
  • Diperbuat daripada herba semula jadi
  • Tidak boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah

6. Ubat Untuk Rawat Ulser Dalam Mulut: Taisho Canker Sore Patch Oral Ulcers

Sumber: Twitter
  • Dapat menghilangkan ulser di dalam mulut
  • Dapat melindungi ulser dari berlaku iritasi
  • Boleh juga ditampal pada lidah dan belakang bibir

7. Ubat Untuk Rawat Ulser Dalam Mulut: Aftamed Oral Spray

Sumber: Twitter
  • Mengalakkan penyembuhan ulser mulut
  • Tidak mengandungi alkohol
  • Tidak bahaya jika tertelan
  • Tiada kandungan gula

8. Ubat Untuk Rawat Ulser Dalam Mulut: Avera Gel For Teething & Mouth Ulcer

Sumber: Twitter
  • Harganya yang murah
  • Tidak mengandungi gula
  • Dapat mengurangkan keradangan dalam mulut

9. Ubat Untuk Rawat Ulser Dalam Mulut: Orregel Baby Teething Discomfort

Sumber: Twitter
  • Sesuai untuk golongan bayi dan dewasa
  • Dapat melegakan ketidakselesaan dalam mulut
  • Mengurangkan sakit gusi
  • Harga mampu milik
  • Mempunyai perisa anggur

10. Ubat Untuk Rawat Ulser Dalam Mulut: Aloclair Plus Spray

Sumber: Twitter
  • Tiada alkohol
  • Mudah untuk digunakan
  • Tidak memedihkan mulut
  • Sesuai untuk digunakan bagi semua peringkat umur

11. Ubat Untuk Rawat Ulser Dalam Mulut: ORALMEDIC Mouth Ulcer Gel

Sumber: Twitter
  • Dapat menghilangkan rasa sakit pada ulser secara serta-merta
  • Mudah untuk digunakan
  • Hanya boleh digunakan nuntuk satu kali sahaja

Punca Yang Menyebabkan Ulser Tumbuh Dalam Mulut Dan Bagaimana Untuk Mengelaknya

Apabila seseorang terkena ulser, ramai yang akan beranggapan mereka mengalami dehidrasi dan memberi nasihat untuk minum lebih banyak air.

Selain dehidrasi, ulser di dalam mulut juga boleh berlaku disebabkan:

  • Stres
  • Jangkitan virus
  • Perubahan hormon
  • Kekurangan Vitamin B, C dan E
  • Penjagaan mulut yang kurang baik
  • Tergigit mukosa
  • Luka ketika memberus gigi
Sumber: Twitter

Ulser atau nama lainnya Kudis Mawar Liar ini boleh dielakkan dengan mengamalkan beberapa tips seperti:

  • Minum air secukupnya iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas sehari
  • Menguruskan stres dengan baik
  • Tidur secukupnya
  • Memberus gigi selepas makan
  • Memastikan gigi palsu dalam keadaan bersih
  • Menghindari pendakap gigi palsu
  • Perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin
  • Berhenti merokok

Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd