Now Reading
[Video] Tahukah Anda, Berkumur Dengan Air Garam Boleh Elak Jangkitan Kuman? Ini Penjelasannya

[Video] Tahukah Anda, Berkumur Dengan Air Garam Boleh Elak Jangkitan Kuman? Ini Penjelasannya

Kuman akan terbunuh melalui proses osmosis apabila air garam dituangkan ke atasnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Biasa dengar tak, bila kita sakit mulut atau ada luka, orang-orang tua mesti suruh kumur atau basuh dengan air garam kan? Walaupun pedih, tapi kita buat juga!

Ini kerana kita diberitahu bahawa air garam boleh membunuh kuman. Tetapi bagaimana perkara ini berlaku?

Satu video dimuat naik di TikTok menunjukkan proses bagaimana air garam dapat membunuh kuman. Video tersebut menunjukkan sampel air yang diambil dari satu kolam dan dipenuhi dengan organisme paramecium.

Sampel air kolam tersebut kemudiannya ditambah dengan setitis air garam.


Proses Osmosis Membunuh Kuman

Menerusi mikroskop, dilihat bahawa paramecium di dalam air kolam serta-merta mengecut apabila terkena air garam.

Berdasarkan penerangannya, perkara ini terjadi kerana air garam yang lebih pekat (hipertonik) menarik air keluar daripada dalam paramecium melalui proses osmosis.

Apabila beberapa titis air biasa diletakkan semula pada sampel, kesemua paramecium dilihat telah mengembang kembali, tetapi tidak lagi bergerak menunjukkan ia telah mati.

Menurut BBC Science Focus, garam dapat membunuh beberapa jenis bakteria melalui proses osmosis. Tanpa air di dalam sel, protein seperti enzim tidak dapat berfungsi, menyebabkan sel mengecut.

@wadahkotak

Replying to @zayurii21 Larutan garam pekat akan mengeluarkan air dari dalam tubuh kuman sehingga membuatnya dehidrasi dan mati Hal itu bisa terjadi karena peristiwa osmosis yaitu perpindahan molekul air melalui selaput semipermeabel, dari larutan yang memiliki konsentrasi rendah (air dalam tubuh kuman) ke larutan yang memiliki konsentrasi tinggi (larutan garam) Dengan begitu maka garam dengan konsentrasi tinggi bisa dimanfaatkan sebagai pengawet makanan #mikroskop #kuman #paramecium #garam #wadahkotak

♬ WandaVision! (From “WandaVision Episode Two”) – Geek Music

Air Garam Berkesan Untuk Mengelak Jangkitan

Menurut Healthline, berkumur dengan air garam dapat membantu mengurangkan atau mengelak jangkitan. Ia seringkali digunakan bagi menghilangkan sakit tekak, selesema dan jangkitan pada sinus. Ia juga berkesan bagi mengurangkan simptom masalah pada mulut seperti gingivitis, kaviti dan ulser.

Namun begitu, sesetengah bakteria digelar ‘halotolerant’ tidak terkesan dengan garam, seperti beberapa strain Staphylococcus. Bakteria ini mempunyai sistem amaran garam yang menggunakan molekul seperti span untuk mengelakkan air keluar dari dalam sel.

Air garam hanyalah campuran air masak bersama garam yang dilarutkan. (Sumber: Unsplash)

Jangan Cuci Luka Menggunakan Air Laut!

Walaupun air laut mempunyai kandungan garam tinggi, namun ia tidak seharusnya digunakan bagi membersihkan luka. Ini kerana air laut bukanlah sumber yang steril dan merupakan persekitaran yang sesuai bagi pembiakan bakteria seperti Vibrio.

Perkara ini adalah berbahaya terutama bagi mereka yang mempunyai imuniti rendah atau masalah kesihatan lain.

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), sekitar 80,000 penduduk di Amerika Syarikat dijangkiti vibriosis setiap tahun, dengan 100 kematian akibat jangkitan tersebut.

Sumber: Unsplash

Kebaikan Air Garam

Walaupun garam sering dikaitkan dengan keburukan terhadap kesihatan, seperti masalah darah tinggi, air garam mempunyai pelbagai kebaikan buat kita. Berikut merupakan empat khasiat air garam buat tubuh badan yang dikongsi oleh Era.

1. Elak ‘dehydration’

Pengambilan air garam penting untuk mengelakkan daripada sentiasa berasa haus dan terkena masalah ‘dehydration’. Boleh juga mengambil air dengan kandungan mineral untuk menghidratkan tubuh badan.

2. Mengatasi jerawat

Air garam yang disapukan pada kulit bukan sahaja dapat mengatasi masalah jerawat. Ia juga boleh menjadikan kulit kita kekal halus.

3. Detoks tubuh badan

Kebiasannya, kita akan menggunakan air dengan rendaman buah-buahan seperti lemon dan timun untuk detoks. Namun begitu, air garam juga boleh digunakan untuk detoks tubuh badan.

Selain dapat membunuh bakteria, air garam dapat menyingkirkan pelbagai racun yang terkandung di dalam badan.

4. Meningkatkan kualiti tidur

Perkara ini dapat dikaitkan dengan penggunaan air garam untuk mengelakkan badan daripada kurang air.

Apabila air di dalam badan seimbang, kualiti tidur akan meningkat kerana fikiran menjadi lebih tenang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd