Now Reading
Ini 6 Petua Untuk Bantu Anda Bunuh Anai-anai Di Dalam Rumah Dengan Selamat

Ini 6 Petua Untuk Bantu Anda Bunuh Anai-anai Di Dalam Rumah Dengan Selamat

Sebelum anda membeli sebarang racun serangga untuk membunuh anai-anai, semak dahulu bahan-bahan di dalamnya terlebih dahulu.

Rumah Anda Banyak Anai-anai? Ini Tips Untuk Bunuh Haiwan Perosak Tersebut

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Haiwan perosak ini boleh dikatakan ada di hampir setiap rumah. Tak kisahlah anda tinggal di flat, kondominium atau rumah teres sekali pun, mesti akan ada juga.

Antara serangga yang selalu kita nampak adalah seperti lipas, cicak, semut dan sebagainya.

Haiwan perosak ini bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan kita, malah ia juga boleh menyebabkan anda mengalami kerugian harta benda terutamanya apabila digigit atau dimakan oleh anai-anai.

Sumber: Jasduit

Tips Untuk Bunuh Anai-anai Di Dalam Rumah Anda

Sebagai penghuni rumah, anda perlu peka dengan keadaan sekeliling di dalam rumah yang berpotensi untuk menjadi ‘spot’ anai-anai terutamanya mereka yang menginap di rumah berasaskan kayu.

Kalau anda nak tahu, satu koloni anai-anai itu boleh mencapai sehingga ratusan ribu ekor ya! Memang banyak. Dengar pun sudah agak seram, belum tengok depan mata lagi.

Kepada anda yang sudah meremang bulu roma, berikut kami kongsikan beberapa tips untuk membunuh anai-anai yang berada di dalam rumah berdasarkan hantaran dimuat naik di laman Facebook (Tukang Apa Hari Ini).

Antaranya:

1. Tips Bunuh Anai-anai Dalam Rumah: Cari ‘Permaisuri’ Anai-anai Terlebih Dahulu

Sumber: Twitter @KhalifaMedia

Bagi memastikan satu koloni anai-anai dihapuskan, anda perlu membunuh ‘permaisuri’ atau ketua serangga ini terlebih dahulu bagi mengelakkan risiko serangan berulang.

Untuk pengetahuan anda, permaisuri anai-anai tidak bergerak dan menetap di satu tempat sahaja sambil menunggu segala makanan dibawa oleh serangga lain sebagai pekerjanya.

2. Tip Bunuh Anai-anai Dalam Rumah: Elakkan Dari Menggunakan Campuran Minyak Tanah

Sumber: Shopee Malaysia/ KL Pest Control

Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan dari menggunakan campuran minyak tanah beserta racun untuk membunuh anai-anai kerana bimbang rumah anda akan berisiko untuk terbakar.

3. Tips Bunuh Anai-anai Dalam Rumah: Pembasmian Anai-anai Dengan Kaedah Mengumpan

Sumber: Blibli

Kebiasaannya, anai-anai yang menyerang rumah adalah spesies agresif iaitu Coptotermes. Namun, tidak semua jenis anai-anai akan mudah terpedaya dengan racun umpan yang digunakan untuk membunuh serangga ini. 

Proses untuk pembasmian anai-anai secara mengumpan mengambil masa sekurang-kurangnya lapan hingga 10 minggu bagi mematikan keseluruhan koloni.

Sekiranya anda ingin mematikan serangga ini sendiri, pastikan ia dilakukan dengan teliti mengikut durasi dan kuantiti umpan yang betul serta kekerapan rutin sehingga mati sepenuhnya.

4. Tips Bunuh Anai-anai Dalam Rumah: Menggunakan Kaedah Semburan

Sumber; Jasduit

Untuk membunuh anai-anai menggunakan kaedah semburan, ia akan berfungsi dengan cara molekul racun itu bertahan pada permukaan selama beberapa tempoh untuk menghalang laluan anai-anai.

Apabila laluan serangga ini terhalang, mereka akan menggunakan jalan lain untuk mendapatkan sumber makanan. Jadi tips yang boleh membantu adalah dengan menyembur pada keseluruhan perimeter rumah anda.

Hati-hati juga ya kerana kaedah semburan boleh membuatkan anai-anai bergerak lebih agresif.

5. Tips Bunuh Anai-anai Dalam Rumah: Mendapatkan Khidmat Nasihat Dari Pakar Penyembur Serangga

Sumber: PropertyGuru

Sekiranya anda keliru atau buntu, boleh juga mendapatkan nasihat dari pakar berkaitan serangga. Kebiasaannya, khidmat nasihat ini boleh diperolehi secara percuma sahaja.

6. Tips Kenal Pasti Ana-anai Dalam Rumah: Semak Dahulu Label Sebelum Membeli Sebarang Racun Serangga

Sumber: Carousell

Pastikan sebelum anda membeli sebarang racun serangga, semak terlebih dahulu bahan-bahannya.

Kenapa perlu semak bahan-bahannya? Ini kerana setiap racun mempunyai ‘antidote’ di hospital. Tetapi jika anda membeli racun serangga yang tiada rawatannya, ia boleh memberi kesan kepada diri dan boleh membawa maut.


Tips Untuk Menghalau Haiwan Perosak Di Dalam Rumah

Percayalah, tiada siapa yang suka apabila rumah mereka mempunyai haiwan perosak. Jadi, berikut kami kongsikan beberapa tips untuk membantu anda menghalau mereka menggunakan campuran bahan-bahan tertentu.

Sumber: Tribun Solo

Tips Halau Lipas

  • Nasi
  • Sabun serbuk
  • Gula merah
  • Air

Tips Halau Cicak

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Kulit telur

Tips Halau Semut

  • Sabun serbuk
  • Cuka

BACA JUGA: Rumah Banyak Serangga? Jom Cuba Tips Ini Untuk Halau Haiwan Perosak

BACA JUGA: Ubat Gegat Bukan Untuk Lipas. Apa Fungsi Sebenar Ubat Ini?

BACA JUGA: Banyak Lipas Dalam Rumah? Cuba 3 Bahan Ini Untuk Buat Perangkap


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd