Now Reading
Wang Simpanan RM30,000 Milik Warga Emas Dimakan Anai-anai, Impian Mahu Tunai Haji Musnah

Wang Simpanan RM30,000 Milik Warga Emas Dimakan Anai-anai, Impian Mahu Tunai Haji Musnah

Warga emas itu telah mengumpul wang simpanan bernilai RM30,000 sejak beberapa tahun lalu hasil daripada berniaga kuih secara kecil-kecilan.

Wang Simpanan RM30,000 Milik Warga Emas Dimakan Anai-anai, Harapan Mahu Tunai Haji Musnah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menunaikan ibadah Haji di kota suci Mekah adalah impian setiap umat Islam sebagaimana ia dituntut dalam salah satu Rukun Islam.

Hukum melakukan ibadah haji ini adalah wajib sekali seumur hidup bagi mereka yang berkemampuan.

Mereka yang berpeluang ke kota suci Mekah dan Madinah dianggap sebagai tetamu Allah SWT dan setiap ibadah yang dilakukan ketika di sana akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda.

Memang tidak dapat digambarkan perasaan bila dapat menjejakkan kaki di kota suci tersebut. Mashaallah begitu tenang dan indah.

Artikel Berkaitan: Lelaki 52 Tahun Nekad Jalan Kaki Selama 11 Bulan Ke Mekah Untuk Tunai Haji

Artikel Berkaitan: 2 Beradik Tunai Haji Pada Usia Muda Lepas Ibu Simpan Dalam Tabung Haji Sejak Bayi


Hasrat Warga Emas Mahu Tunai Haji Hancur Selepas Wang Simpanan Dimakan Anai-anai

Warga emas bernama Zainab Sulong atau dikenali sebagai Mek Nab berusia 72 tahun merupakan salah seorang yang memasang impian untuk mengerjakan haji di tanah suci Mekah.

Namun, hasrat itu terpaksa ditangguhkan selepas wang simpannya bernilai RM30,000 telah rosak selepas ia dimakan oleh anai-anai.

Memetik laporan Harian Metro, cucunya Muhammad Khairul Azhar Mat Nawi berkata wang milik neneknya itu disimpan sejak beberapa tahun lalu hasil daripada jualan kuih secara kecil-kecilan.

Namun, dia tidak mengetahui bahawa neneknya menyimpan wang tersebut di dalam kotak.

Kami memang tahu nenek hendak pergi haji tahun depan dengan syarikat swasta, saya fikir mungkin duitnya sudah cukup. Tetapi kami tak tahu rupanya dia ada simpan duit sebanyak itu dalam kain bawah kotak di rumahnya dan kalau tahu tentu kami tak benarkan.

Cucu, Muhammad Khairul Azhar Mat Nawi.
Sumber: Muhammad Khairul Azhar Mat Nawi

Kejadian itu mula disedari selepas ibu kepada Khairul iaitu Zainab Rahim memberitahu di dalam grup WhatsApp mereka sekeluarga pada 21 Julai lalu.

Minggu lalu, mak ada balik ke Rantau Panjang selepas nenek menghubunginya memberitahu apa yang berlaku. Duit itu bercampur antara mata wang Malaysia dan Thailand dengan nilainya mencecah RM30,000. Mungkin nenek sudah lama tak buka untuk tengok duit itu menyebabkannya dimakan anai-anai.

Cucu, Muhammad Khairul Azhar Mat Nawi.

Wang Simpanan Yang Rosak Dihantar Ke Pihak Bank Untuk Dinilai

Selepas apa yang berlaku, Khairul telah pergi ke sebuah bank di Gua Musang, Kelantan dan bertanya kepada mereka dengan menunjukkan gambar keadaan wang berkenaan.

Difahamkan, pihak bank berkemungkinan tidak dapat melakukan penukaran duit baharu selepas melihat kepada tahap kerosakannya.

Saya difahamkan, jika nilai kerosakan duit itu melebihi 50% memang tak boleh buat apa-apa, namun apapun nilai kerosakan akan dinilai semula dengan melihat duit sebenar.

Cucu, Muhammad Khairul Azhar Mat Nawi.

Selepas insiden yang berlaku, neneknya meluahkan rasa sedih kerana wang simpanannya selama beberapa tahun telah rosak dan dengan hati terbuka menerima ketentuan Allah SWT bahawa mungkin masih tiada rezeki untuk dirinya melakukan haji.

Bagi mengubati kesedihan Mek Nab, mereka sekeluarga bercadang untuk membuat kutipan antara adik-beradik bagi menggantikan wang berkenaan sebagai permulaan untuk menghantar warga emas itu menunaikan umrah pada tahun hadapan.

Artikel Berkaitan: Ini 6 Petua Untuk Bantu Anda Bunuh Anai-anai Di Dalam Rumah Dengan Selamat


Apa Perlu Buat Jika Anda Mempunyai Wang Yang Sudah Rosak?

Walaupun wang kertas tersebut sudah rosak, jangan dibuang lagi kerana sebenarnya anda boleh menukarnya di mana-mana cawangan bank. Bank yang anda tidak memiliki akaun pun boleh juga. Tiada masalah.

Sumber: Keluarga/ MalayMail

Namun sebelum anda ingin menukar wang kertas yang rosak, beberapa kriteria perlu dikenal pasti terlebih dahulu.

Antaranya:

  • Terdapat tompokan kotoran dan cecair pada sebahagian atau menyeluruh.
  • Warna luntur.
  • Tekstur lembik.
  • Hilang ciri-ciri keselamatan pada wang kertas.
  • Wang kertas berlubang.

Nilai pertukaran dan tempoh ganti pula bergantung kepada keadaan wang yang sudah rosak.

Jika nilai wang yang rosak itu jelas, maka anda boleh mendapatkan ganti pada hari yang sama.

Tetapi jika nilainya kurang jelas akibat rosak teruk, maka gantian akan diberikan pada hari lain selepas dirujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

Sumber: Harian Metro | Bank Negara Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd