JKR Malaysia Kongsi Panduan Jalan Alternatif Untuk Balik Kampung
Semak dulu laluan alternatif yang dicadangkan oleh JKR untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas ketika balik kampung.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kurang dari seminggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Akhirnya selepas dua tahun, dapat juga balik beraya di kampung halaman bersama ahli keluarga dan saudara-mara.
Sebagai persediaan menyambut Syawal, Jabatan Kerja Raya (JKR) mencadangkan laluan alternatif kepada mereka yang ingin pulang ke rumah bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan utama.
BACA JUGA: Netizen Mulai Kongsi Video ‘Bersidai’ Atas Highway Untuk Balik Kampung
Zon Utara
Dari Jalan Teluk Intan – Changkat Jong (Hotel Grand Court) melalui Jalan Padang Tembak ke Kampung Gajah/ Ipoh dan Bidor/ Lebuhraya Utara-Selatan (Exit 128 Sungkai).
Dari Gopeng/ Tol Simpang Pulai ke Sungai Siput/ Batu Gajah.
Laluan Alternatif Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri bagi ZON UTARA (1/2) Sempena Aidilfitri 2022
— JKR Malaysia (@JKRMalaysia) April 28, 2022
Muat turun dokumen pdf himpunan laluan alternatif bagi Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri di seluruh negara:https://t.co/xkMy4lsdXV pic.twitter.com/5A7LSLCxeI
Dari Tol Kuala Kangsar melalui Kuala Kangsar ke Sungai Siput/ Ipoh.
Dari Kuala Kangsar melalui Jalan Gerik-Kuala Kenderung (A170) dan Jalan Bendariang-Bersia Lama (A171) ke Jeli/ Kelantan atau melalui Jalan Gerik-Ulu Kenderung (A169) ke Kupang/ Kedah.
Laluan Alternatif Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri bagi ZON UTARA (2/2) Sempena Aidilfitri 2022
— JKR Malaysia (@JKRMalaysia) April 28, 2022
Muat turun dokumen pdf himpunan laluan alternatif bagi Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri di seluruh negara:https://t.co/xkMy4lsdXV pic.twitter.com/Wr8P9ptdm6
Zon Tengah dan Timur
Dari Pantai Remis/ Tol Ijok melalui Kuala Selangor ke Sabak Bernam/ Teluk Intan.
Dari Bentong melalui Raub ke Kota Bharu.
Dari Gua Musang melalui Kuala Krai ke Kota Bharu.
Laluan Alternatif Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri bagi ZON TENGAH & ZON TIMUR (1/3) Sempena Aidilfitri 2022
— JKR Malaysia (@JKRMalaysia) April 28, 2022
Muat turun dokumen pdf himpunan laluan alternatif bagi Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri di seluruh negara:https://t.co/xkMy4lsdXV pic.twitter.com/EBLF0GmaxD
Dari Chukai melalui Kampung Ibok ke Kuala Terengganu.
Dari Tol Ajil (LPT2) melalui Hulu Terengganu ke Kota Bharu.
Dari Tol Kuala Terengganu (LPT2) ke Kota Bharu (Jalan Pantai).
Laluan Alternatif Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri bagi ZON TENGAH & ZON TIMUR (2/3) Sempena Aidilfitri 2022
— JKR Malaysia (@JKRMalaysia) April 28, 2022
Muat turun dokumen pdf himpunan laluan alternatif bagi Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri di seluruh negara:https://t.co/xkMy4lsdXV pic.twitter.com/aNHQ9MoH65
Dari Besut ke Kota Bharu/ Tok Bali.
Dari Pantai Remis/ Tol Ijok melalui Kuala Selangor ke Sabak Bernam/ Teluk Intan.
Laluan Alternatif Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri bagi ZON TENGAH & ZON TIMUR (3/3) Sempena Aidilfitri 2022
— JKR Malaysia (@JKRMalaysia) April 28, 2022
Muat turun dokumen pdf himpunan laluan alternatif bagi Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri di seluruh negara:https://t.co/xkMy4laD6n pic.twitter.com/9cqQuzZbOS
Zon Selatan
Dari Seremban melalui Jelebu ke Karak.
Dari Jempol/ Kuala Pilah ke Karak, Temerloh dan Muadzam.
Laluan Alternatif Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri bagi ZON SELATAN (1/2) Sempena Aidilfitri 2022
— JKR Malaysia (@JKRMalaysia) April 28, 2022
Muat turun dokumen pdf himpunan laluan alternatif bagi Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri di seluruh negara:https://t.co/xkMy4lsdXV pic.twitter.com/9j1VDnGA3K
Dari Tol Ayer Keroh ke Bandaraya Melaka dan terus ke Muar, Segamat, Kluang, Pontian melalui Batu Pahat.
Laluan Alternatif Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri bagi ZON SELATAN (2/2) Sempena Aidilfitri 2022
— JKR Malaysia (@JKRMalaysia) April 28, 2022
Muat turun dokumen pdf himpunan laluan alternatif bagi Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri di seluruh negara:https://t.co/xkMy4lsdXV pic.twitter.com/uV1WZkJT8E
JKR juga telah mengambil langkah bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dengan mengehadkan had laju di Jalan Persekutuan daripada 90km/j kepada 80km/j sepanjang tempoh Ops Bersepadu.
Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang langkah-langkah yang diambil oleh JKR bagi memastikan perjalanan pulang ke rumah berjalan lancar, sila layari laman web JKR. Jika anda menghadapi sebarang masalah di jalan raya, nombor kecemasan juga disenaraikan di laman web JKR.
Jangan lupa top-up kad Touch ‘n Go secukupnya dan semak keadaan kereta terlebih dahulu sebelum membuat perjalanan balik ke kampung halaman.
BACA JUGA: Top-Up TnG, Cek Waze & 5 Tips Penting Lain Sebelum Balik Kampung Raya
Semoga selamat pulang!
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.