Kenali Simptom Long Covid & Apa Anda Perlu Lakukan. Jangan Panik!
Memang simptoms Long Covid ini akan berpanjangan, namun ada cara untuk anda mengatasinya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Ada segelintir individu yang telah dijangkiti Covid-19 berjaya sembuh tetapi masih melaporkan mengalami keletihan, sesak nafas dan sakit badan.
Ini merupakan simptom-simptom Covid yang berpanjangan (Long Covid) walaupun telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan virus berkenaan.
Malangnya, belum ada penawar untuk jangkitan pasca-Covid ini. Oleh itu, perlindungan terbaik masih dengan mendapatkan suntikan vaksin dan dos penggalak untuk mengurangkan kemungkinan munculnya Long Covid ini.
Menurut Free Malaysia Today, semakan baharu 15 kajian oleh Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) mendapati bahawa Long Covid kurang berkemungkinan memberi kesan kepada mereka yang telah divaksin berbanding mereka yang tidak divaksinasi.
Simptom Long Covid.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyenaraikan simptom-simptom biasa Long Covid seperti berikut:
Simptom biasa
- Keletihan
- Sesak nafas ketika melakukan aktiviti
- Gangguan tidur
- Batuk
- Kebimbangan (Anxiety)
Ketahui Sindrom COVID Berpanjangan (Long COVID Syndrome) ⬇️
— KKMalaysia🇲🇾😷 (@KKMPutrajaya) February 15, 2022
Bekas pesakit COVID-19 berkemungkinan mengalami gejala-gejala berterusan bagi tempoh 12 minggu/lebih selepas sembuh.
Ambil vaksin dan dos penggalak, amalkan 3W & elak 3S, praktis #TRIIS dan patuhi SOP yang ditetapkan. pic.twitter.com/xgDdC7Cj8N
Simptom Long Covid Yang Lain
Berikut adalah simptom-simptom lain Long Covid yang terbahagi kepada beberapa kategori:
Kepala.
- Hilang tumpuan dan perhatian
- Sakit kepala
- Gangguan tidur
- Kekeliruan
Penafasan.
- Sukar untuk bernafas
- Kerap batuk
Dada.
- Sukar untuk bernafas
- Sakit di bahagian dada
- Sentiasa berdebar-debar
Perut.
- Kerengsaan telinga, hidung dan tekak
- Tinnitus (dering di telinga)
- Sakit telinga dan tekak
- Kehilangan rasa dan bau
Otot.
- Sakit otot dan sendi
Psikologi.
- Kemurungan (Depression)
- Kebimbangan (Anxiety)
Di mana anda perlu mendapatkan rawatan Long Covid ini?
Jika anda mendapati diri mengalami simptom Covid yang berpanjangan (Long Covid), anda boleh mendapatkan rawatan di pusat pemulihan di fasiliti kesihatan berikut:
Pesakit yang mengalami simptom COVID-19 berpanjangan (long covid) boleh mendapatkan rawatan di pusat rehabilitasi yang disediakan di fasiliti-fasiliti kesihatan yang disenaraikan. pic.twitter.com/bsbbom0XJX
— KKMalaysia🇲🇾😷 (@KKMPutrajaya) February 16, 2022
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.