Lelaki Ini Kongsi Prosedur Melancong Ke Thailand Dengan Mudah. Yang Penting Dah Vaksin!
Penerima vaksin jenis Sinovac perlu lengkap tiga dos suntikan terlebih dahulu jika ingin memasuki negara Thailand.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Selepas dua tahun rakyat Malaysia tidak dibenarkan melancong ke luar negara, akhirnya sekatan itu telah ditarik semula dan mengujakan ramai pihak terutamanya mereka yang gemar bercuti ke luar negara.
Antara negara yang sudah membuka pintu sempadan mereka dan menerima kemasukan pelancong asing adalah seperti United Kingdom, Thailand dan Singapura.
BACA JUGA: Pembukaan Sempadan: Rakyat Singapura Ambil Peluang Bercuti Di Malaysia

Prosedur melancong ke Thailand
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (TravelJimat) telah berkongsi beberapa prosedur kepada mereka yang merancang untuk melancong ke Thailand. Antara prosedur yang perlu diikuti adalah seperti berikut:
Sebelum berlepas ke Thailand
- Beli insurans dengan tanggungan minumum sebanyak RM4,392 (10,000 US Dollar).
- Mohon Thailand Pass.
- Jika anda tak sempat membuat permohonan awal untuk pas ini dan memerlukannya dalam tempoh yang pantas, boleh terus e-mel ke testgo@consular.go.th.
- Lengkap vaksinasi supaya tak perlu kuarantin di Thailand.
- Tiada dos penggalak pun tak apa. Yang penting lengkap dua dos vaksin kecuali kepada penerima vaksin jenis Sinovac sahaja memerlukan tiga dos.
- Tak perlu buat tempahan di hotel SHA Plus. Cuma cari penginapan mengikut bajet anda.
Baru mendarat di Bangkok, Thailand. Aku ringkaskan cara masuk ke Thailand tanpa sebarang masalah.
— Travel Jimat (@TravelJimat) May 14, 2022
1. Beli insurance (Coverage min US$ 10,000 termasuk untuk perawatan Covid)
2. Apply Thailand Pass
3. Fully Vaccinated supaya x payah kuarantin dekat sana. Print vaccine certificate pic.twitter.com/z0sC6ZdXW8
Kemudian, jangan lupa untuk check-in secara online di laman web syarikat penerbangan. Bila tiba di lapangan terbang, anda hanya perlu cetak tag bagasi serta boarding pass (pas masuk) dan simpan bagasi di tempatnya.
4. TIDAK PERLU BOOK HOTEL SHA Plus tu. Cari Hotel ikut budget.
— Travel Jimat (@TravelJimat) May 14, 2022
Pre Departure
– Check In siap2, nnt sampai Airport tinggal print tag luggage & boarding pass.
– Pastu drop luggage
Immigration Malaysia
– Proses seperti biasa. Scan sana sini.
Selain itu, jangan lupa beli siap-siap kad sim Thailand. Bila sudah memasuki sempadan Thailand, telefon bimbit anda boleh terus digunakan tanpa perlu pendaftaran.
Simcard Thailand korang boleh beli siap siap dekat Malaysia beli kat link ni https://t.co/YeK6hXiKly . Senang bila masuk border terus masuk simcard dalam henpon terus boleh guna. Xyah nak register bagai dah. Unlimited data plak tu
— Travel Jimat (@TravelJimat) May 14, 2022
Selepas tiba di Thailand
Setibanya anda di Thailand, beberapa dokumen penting perlu disediakan di imigresen untuk membolehkan anda memasuki negara tersebut dengan lancar. Antaranya:
- Thailand Pass
- Insurans
- Sijil Vaksinasi
- Borang yang diserahkan ketika dalam kapal terbang.
Arrival
— Travel Jimat (@TravelJimat) May 14, 2022
– Sediakan semua dokumen ini.
1. Thailand Pass
2. Insurance
3. Vaccine Certificate
4. Form (Yg kena bagi masa dlm flight)
– Diaorg akan check, pastu scan finger, ambil gambar then passport kena cop. Itu je. X cerewat sgt pun
Pastu Sawadikap Thailand! 🇹🇭🇹🇭🇹🇭
Macam mana nak masuk Thailand menaiki kereta pula?
Kepada anda yang ingin memasuki Thailand menggunakan jalan darat iaitu dengan memandu kenderaan sendiri, berikut adalah prosedur yang boleh diikuti:
Untuk apply VEP stanby:
— 👉🏻Axrulz👈🏻 (@azrulz89) May 15, 2022
1. Geran kenderaan original.
2. Gambar roadtax.
3. Certificate of insurance (Bukan cover note tau. Nnt kena reject)
4. Make sure nama nk apply tu guna nama owner, geran, ic/passport and email owner.
5. Bayar $10 untuk new application. (Boleh guna FPX)
Selepas puas berjalan-jalan di Thailand dan sudah tiba masanya untuk pulang semula ke Malaysia, antara prosedur yang perlu diambil perhatian adalah mengisi borang dalam aplikasi MySejahtera.
Masa nak balik ke Malaysia, ingat utk isi form 2 days ahead of departure day kat “traveler”di MySejahtera. https://t.co/ez7YJnt9Do
— JACKIE LIM (@codey_lim) May 14, 2022
Kalau isi semasa check in akan melambatkan proses check in counter di airport.
Kepada anda yang bakal melancong ke negara ‘Sawadikap’ ini, jangan lupa semak dahulu segala dokumen penting dan prosedur yang perlu dilakukan sebelum berlepas ke sana.
Enjoy enjoy juga, jangan lupa jaga keselamatan diri di sana okay?
BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi Itinerari Trip Bajet Ke Turki. RM3,600 Je Seorang!
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.