Now Reading
15 Mei Sebagai Tarikh Akhir Pemberian Dos Vaksin Pertama Kepada Kanak-kanak

15 Mei Sebagai Tarikh Akhir Pemberian Dos Vaksin Pertama Kepada Kanak-kanak

Pendaftaran vaksin Covid-19 untuk golongan kanak-kanak di bawah program PICKids boleh dibuat di MySejahtera selewat-lewatnya 8 Mei ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tarikh terakhir bagi ibu bapa untuk mendapatkan vaksin Covid-19 kepada anak mereka adalah pada 15 Mei ini.

Menurut Malay Mail, Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lagi menawarkan dos pertama vaksin Comirnaty dan CoronaVac Covid-19 untuk kanak-kanak berumur antara lima hingga 13 tahun mulai 16 Mei.

Selepas 15 Mei, vaksin Comirnaty untuk golongan ini tidak lagi ditawarkan di mana-mana kemudahan kesihatan awam atau swasta di Malaysia.

Walau bagaimanapun, vaksin CoronaVac masih boleh diperolehi dengan bayaran di fasiliti swasta.

Sumber: Malay Mail

Dr Noor Azmi memaklumkan bahawa keputusan itu tidak akan melibatkan vaksinasi untuk kanak-kanak yang lahir pada 2017 dan belum mencapai umur lima tahun menjelang 15 Mei 2022.

Kanak-kanak dalam kategori ini boleh mendapatkan vaksin dengan cara mendaftar melalui MySejahtera. Maklumat lanjut untuk kumpulan vaksinasi ini akan diberikan tidak lama lagi.

Daftar di MySejahtera sebelum 8 Mei

Ibu bapa yang telah mendaftarkan anak mereka di MySejahtera tetapi belum mendapat suntikan akan dihubungi oleh petugas KKM melalui telefon, media sosial atau terus berkunjung ke rumah untuk pemberian vaksin.

Sumber: Malay Mail

Ibu bapa yang bersetuju akan diberikan temu janji sebelum tarikh akhir untuk dos pertama. Pendaftaran vaksin Covid-19 untuk golongan ini boleh dibuat di MySejahtera selewat-lewatnya 8 Mei ini.

Ini adalah untuk membolehkan pautan ke sistem temu janji disediakan sebelum tarikh akhir dos pertama. Saya menggesa ibu bapa yang masih belum membuat keputusan untuk tidak melepaskan peluang mendapatkan vaksin secara percuma di bawah PICKids sebelum berakhir. Buatlah pilihan untuk memberi vaksin kepada anak-anak anda bagi mengelakkan komplikasi teruk Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Dr Noor Azmi yang juga Pengerusi Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19-Children (CITF-C) menjelaskan bahawa permintaan vaksin yang rendah menyebabkan berlaku pembaziran yang tinggi. Jadi, tarikh akhir bagi mendapatkan dos vaksin telah ditetapkan.

Memandangkan permintaan untuk vaksinasi kanak-kanak dalam kalangan ibu bapa telah berkurangan, Kementerian Kesihatan telah menyemak semula tempoh pelaksanaan PICKids. Bagi mengelakkan pembaziran vaksin Cominarty yang tidak digunakan dalam tempoh enam bulan selepas ianya dikeluarkan, tarikh tamat kepada dos pertama mesti ditetapkan.

Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Borang persetujuan baharu dipinda

Selain itu, CITF-C telah bersetuju untuk meminda borang kebenaran Vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.

Klausa ‘Saya bertanggungjawab ke atas risiko yang mungkin berlaku kepada kanak-kanak atas keputusan atau tindakan saya kerana faedah vaksin melebihi kesan sampingannya’ akan dikeluarkan daripada borang baharu.

Pengguguran klausa ini adalah bagi mengelakkan kekeliruan dan menyatakan amalan sedia ada yang tidak pernah diabaikan oleh Kementerian Kesihatan. Dalam pada masa yang sama, pihak kami juga sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan kesihatan yang sewajarnya apabila terdapat kesan sampingan yang berkaitan dengan penerimaan vaksin.

Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd