Now Reading
Pizza Hut Tawar Menu Piza 1 Meter Iaitu ‘Looooooooong Party Box’. Panjang Ya!

Pizza Hut Tawar Menu Piza 1 Meter Iaitu ‘Looooooooong Party Box’. Panjang Ya!

Piza sepanjang satu meter yang berharga RM99 untuk hidangan ala carte ini akan menjadi menu tetap di Pizza Hut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Biasanya makan pizza bulat. Tapi kali ini panjang pula. Menarik, kan?

Pizza Hut ingin menarik para peminatnya untuk menjamu selera di restoran dan menikmati piza Looooooooong Party Box.

Sepanjang bulan kemerdekaan yang ke-65, pelanggan kini boleh menikmati piza sepanjang satu meter yang didatangkan dengan tiga sos pencicah berserta minuman ringan tanpa had (free flow) untuk 10 orang dengan hanya menambah RM10.

“The Long Party Box” telah diilhamkan oleh keinginan semua orang untuk berkumpul dan makan bersama-sama, sambil mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di waktu pasca pandemik ini. Sebagai sebuah jenama yang terkenal dengan menyatukan orang ramai, Pizza Hut ingin mencipta sesuatu yang istimewa untuk diraikan bersama-sama.

Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia.

Mengulas lanjut, Emily menjelaskan bahawa “Memandangkan restoran kami telah pun beroperasi sepenuhnya, kami teruja untuk menggembirakan pelanggan dengan hidangan berkualiti dan pemberian nilai yang hebat,  itulah sebabnya kami telah mencipta tawaran minuman ringan tanpa had dengan setiap pembelian “The Long Party Box”.

“Kami berharap dengan tawaran ini, kami dapat memberikan pelanggan sesuatu yang menarik untuk diraikan di musim cuti dan di sepanjang bulan  kemerdekaan ini.”


Piza sepanjang satu meter yang berharga RM99 untuk hidangan ala carte ini akan menjadi menu tetap di Pizza Hut untuk makan di restoran dan bawa pulang. Manakala tambahan RM10 untuk minuman ringan tanpa had (untuk 10 orang) akan sah dari 30 Ogos hingga 11 September 2022.

Untuk maklumat lanjut, boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd