Now Reading
[Review] Pizza Hut X Coca Cola Perkenal 2 Perisa Ikonik, Piza Hawaiian Cola & Krispy Cola Wingstreet

[Review] Pizza Hut X Coca Cola Perkenal 2 Perisa Ikonik, Piza Hawaiian Cola & Krispy Cola Wingstreet

Kolaborasi terbaharu Pizza Hut X Coca Cola ini tersedia di semua cawangan Pizza Hut seluruh Malaysia dari 1 Ogos sehingga 15 September 2023.

Pizza Hut X Coca Cola Perkenal 2 Perisa Ikonik, Piza Hawaiian Cola & Krispy Cola Wingstreet [Review] (4)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali makan piza, tidak lengkap kalau tidak minum sekali dengan air Coca-Cola, betul tak? Kombinasi yang cukup mengenyangkan!

Siapa sangka, komnbinasi Pizza Hut dan Coca-Cola kini menghasilkan kolaborasi unik dengan menampilkan dua variasi perisa baharu yang lazat iaitu Hawaiian Cola Pizza dan Krispy Cola Wingstreet.

Dua perisa terbaharu ini mula dilancarkan pada 1 Ogos 2023 selama satu bulan dan akan memberikan satu pengalaman unik sepanjang hidup anda pernah memakan piza.

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong berkata mereka telah bereksperimen selama empat bulan untuk mencipta dan menambah baik resepi gabungan ini untuk menampilkan padanan rasa yang sempurna.

Hawaiian Cola Pizza menggabungkan piza Hawaiian Chicken dengan sos khas dihasilkan daripada soda Cola dan akan memberikan rasa pedas serta savuri, manakala Krispy Cola Wingstreet pula merupakan hidangan ayam kepak dengan ramuan istimewa soda Cola.

Kami berbesar hati untuk mencipta bersama tawaran baharu yang menarik ini dengan Coca-Cola. Pizza Hut dan Coca-Cola adalah kedua-dua jenama yang sentiasa memacu inovasi dan inilah sebabnya kedua-dua jenama ini kekal menjadi kegemaran masyarakat.

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong.
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Pembotolan Coca-Cola Singapura, Malaysia, dan Brunei iaitu Tolga Cebe berkata kolaborasi antara dua jenama itu amat dinanti-nantikan.

Terkenal sebagai jenama terkemuka dalam bidang masing-masing, Coca-Cola dan Pizza Hut adalah gabungan yang sempurna. Dengan tawaran baharu yang unik ini, pelanggan boleh menikmati kedua-dua perisa dalam satu hidangan yang menyelerakan. Inilah ‘Real Magic’ antara Coca-Cola dan Pizza Hut.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Pembotolan Coca-Cola Singapura, Malaysia, dan Brunei iaitu Tolga Cebe.

Kami Dah Rasa Piza Hawaiian Cola Kolaborasi Pizza Hut Dan Coca-Cola

Team TRP diberi peluang untuk merasai sendiri piza terbaharu dari Pizza Hut yang berkolaborasi bersama air minuman soda Coca-Cola.

Pada mulanya, kami tidak mempunyai sebarang jangkaan kerana belum pernah lagi melihat perisa minuman soda dijadikan dalam bentuk piza. Nak tahu rasanya macam mana? Jom baca review dari kami.

Secara jujurnya, bagi kami perisa piza Hawaiian Cola ini agak manis dan rasa seakan-akan perisa barbeku. Jika ditanya tentang rasa Coca-Cola, ia agak ‘subtle’ dan tidak terlalu kuat.

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Sesetengah individu daripada team kami boleh merasai sos tersebut rasa seakan-akan air Coca-Cola, tetapi ada juga yang tidak dapat merasai perisa minuman tersebut.

Bagi penulis sendiri, agak terkejut juga apabila tiba-tiba perisa Coca-Cola dirasai beberapa saat ketika memakan piza tersebut.

Apa-apa pun, ia satu pengalaman yang agak unik bagi kami. Secara purata, kami memberikan rate 6/10 bagi piza Hawaiian Cola ini.


Jangan Lepaskan Peluang Untuk Merasai Sendiri Hawaiian Cola Pizza dan Krispy Cola Wingstreet

Bagi anda yang mahu mencuba sendiri ‘Cola-boration’ yang luar biasa ini, boleh berkunjung ke mana-mana cawangan Pizza Hut seluruh negara untuk menikmati rangkaian terbaharu.

Lebih menarik lagi, rangkaian Pizza Hut X Coca-Cola boleh dinikmati sebagai sebahagian daripada kombo Pizza Hut MyBox, kombo Huts Meal atau Kombo WingStreet dengan tambahan RM3.90 untuk setiap set.

Promosi yang bermula pada 1 Ogos sehingga 15 September 2023 tersedia untuk ‘dine-in’, ‘take away’ serta penghantaran secara online.

Untuk menyemarakkan lagi keterujaan, sebuah mesin layan diri khas akan dipasang di lokasi yang dirahsiakan di sekitar Lembah Klang. Sudah pasti ada kejutan yang menanti buat peminat menggunakan mesin layan diri ini.

Maklumat lanjut tentang lokasi mesin layan diri khas boleh didapati dengan mengikuti laman media sosial Facebook dan Instagram.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd