Now Reading
Ini 8 Restoran Romantis Untuk Sambut Valentine’s Day Di Sekitar Lembah Klang

Ini 8 Restoran Romantis Untuk Sambut Valentine’s Day Di Sekitar Lembah Klang

Valentine’s Day setahun sekali je, apa kata bawa pasangan ke tempat yang istimewa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Valentine’s Day/Hari Kekasih bakal disambut pada 14 Februari setiap tahun.

Oleh itu, pastinya tidak asing lagi buat setiap pasangan yang bercinta mahupun berumahtangga untuk meraikan hari ini dengan insan tersayang.

Malah, ada juga yang menyambutnya bersama rakan-rakan.

READ MORE: Valentine’s Day: The Bizarre History Behind The Day Of Romance

Kalau anda ingin menyambut hari yang istimewa ini dengan membawa mereka makan malam di restoran romantis, jangan risau – kami sediakan senarai restoran di sekitar Lembah Klang.

Yang penting, booking awal terlebih dahulu!


1. Dining In The Dark

Inginkan makan malam romantis bersama pasangan anda dalam gelap?

Anda tidak akan tahu apa yang anda akan dihidangkan sehingga anda telah menjamu kesemuanya. Konsep restoran ini menggalakkan anda untuk meneroka sepenuhnya rasa, aroma dan tekstur makanan yang dihidangkan dengan semua deria anda kecuali penglihatan.

Kehilangan satu deria dikatakan meningkatkan yang lain, seperti rasa dan bau.

(Sumber: Dining In The Dark / Facebook)

Untuk Valentine’s Day kali ini, mereka mengadakan sesi ‘Romance In The Dark’ pada 14 Februari di mana mereka akan menyajikan anda dengan 4-course meal. Anda juga boleh pergi ke sana pada hari biasa hanya untuk mencuba sesuatu yang unik.

Restoran ini adalah pork-free tetapi menyajikan minuman beralkohol.

Waktu Beroperasi: 6 pm – 11 pm (Selasa – Ahad)

Harga: RM188++ per pax

Lokasi: 50A, Changkat Bukit Bintang 50200 Kuala Lumpur, Malaysia

Facebook

2. The Lounge @ Hilton

Jika anda mahukan hidangan yang ringan tetapi lazat, The Lounge ialah tempat yang sesuai untuk sesi minum petang. Team Patisserie Hilton KL akan menyajikan anda dengan hidangan manis dan berperisa berinspirasikan coklat untuk hidangan minum teh mewah bersama pasangan anda.

(Sumber: The Lounge)

Sempena Valentine’s Day nanti, mereka menawarkan set minum petang yang dipanggil ‘In The Mood For Chocolate’ tersedia dari 11 – 14 Februari.

Valentine’s Day ini bolehlah bawa pasangan makan coklat. Baru romantis.

Waktu Beroperasi: 8 am – 10.30 pm (Daily)

Harga: RM118 per pax

Lokasi: Lobby level, 3, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Website

3. Maria’s Steakhouse

Jika anda mahukan hidangan yang enak dengan yang tersayang, cubalah keenakan daging di Maria’s Steakhouse. Mereka mempunyai empat cawangan di Lembah Klang jadi anda tidak perlu risau tentang kehabisan meja pada Valentine’s Day nanti.

(Sumber: Maria’s Steakhouse / Facebook)

Menu Valentine’s Day mereka menampilkan stik khas dan juga pencuci mulut dekaden yang dibuat khas untuk hari tersebut. Menu istimewa mereka boleh didapati dari 11 – 15 Februari.

Restoran ini adalah pork-free tetapi menyajikan minuman beralkohol.

Waktu Beroperasi: 10 am – 10 pm (Daily)

Harga: From RM149++ per pax

Lokasi: Maria’s Signature, Lot 157, First Floor, Suria KLCC Shopping Centre, Jalan Ampang, 50088 Kuala Lumpur (next to Godiva, opposite Atmos)

Facebook

4. Secrets of Louisiana

Pernah mencuba makanan Cajun dan Creole? Manjakan diri anda dengan masakan Cajun Amerika berhampiran tasik Kelana Jaya yang memukau ini. Restoran ini adalah pork-free tetapi menghidangkan alkohol dan mempunyai pelbagai jenis tempat duduk dari meja rumah kaca ke meja yang berhadapan dengan pemandangan tasik.

(Sumber: Secret of Louisiana / Facebook)

Hanya pada Valentine’s Day, mereka menyajikan 4-course set menu dalam dua slot dari 5.30 petang hingga 11 malam. Walau bagaimanapun, oleh kerana ini adalah tawaran terhad, anda perlu membayar deposit terlebih dahulu untuk menempah meja anda. Selain itu, mereka juga mempunyai belon dan hiasan khas untuk Valentine’s Day.

Waktu Beroperasi: 11am – 11 pm (Daily)

Harga: From RM139++ per pax

Lokasi: D01-01, Jalan SS7/13A, Plaza Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Facebook

5. Roofino Skydining & Bar

Ingin menjamu selera di persekitaran atas bumbung (rooftop) dengan pemandangan cahaya lampu Kuala Lumpur yang menawan? Anda boleh menikmatinya di Roofino Skydining dari tingkat 34 KL Trilion.

(Sumber: Roofino Skydining / Facebook)

Dari 13 hingga 14 Februari, di atas permintaan ramai – mereka akan menawarkan pakej Valentine’s terhad untuk lovebirds. Tempah awal kerana ruang adalah terhad untuk menu khas 4-course pada Valentine’s Day.

Waktu Beroperasi: 4 pm – 12 am (Daily)

Harga: RM388 per couple

Lokasi: 34th Floor, Trillion KL, Jalan Tun Razak 55000 Kuala Lumpur, Malaysia

Facebook

6. Jibby & Co

Jibby & Co ialah gabungan masakan Pan Asia dan sarapan kegemaran Barat. Restoran ini juga disahkan halal.

(Sumber: Jibby Group / Facebook)

Istimewa hanya pada 14 Februari, mereka menawarkan 5-course feast untuk memuaskan hati anda dan pasanga. Dari amuse-bouche hingga pencuci mulut, mereka mempunyai cadangan yang berbeza untuk kedua-dua wanita dan lelaki.

Waktu Beroperasi: 8 am – 10 pm (Daily)

Harga: RM299++ per couple

Lokasi: GK11, Ground Floor, Empire Shopping Gallery, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Facebook

7. WXYZ Bar @ Aloft KL Sentral

Terletak di hotel lain, bar WXYZ ini sesuai untuk tempat makan malam romantis bersama pasangan anda. Hanya pada Valentine’s Day, mereka menukar waktu operasi mereka dari 6.30 petang kepada 10 malam untuk pengunjung yang telah menempah.

(Sumber: Aloft Kuala Lumpur Sentral / Facebook)

Pada 14 Februari, anda boleh memilih antara makan malam 3-course (RM280/pasang) dan makan malam 4-course (RM310/pasang). Mereka juga mempunyai pilihan tanpa minuman yang kosnya jauh lebih rendah daripada harga sebenar.

Waktu Beroperasi: 11 am – 8 pm (Daily)

Harga: From RM280 per couple

Lokasi: No. 5 Jalan Stesen Sentral 50470 Kuala Lumpur, Malaysia

Facebook

8. Atmosphere 360

Jika anda merancang untuk merasai pengalaman mewah yang lebih gastronomi khas buat anda dan pasangan, boleh cuba sendiri restoran pusingan tertinggi di Asia Tenggara.

Anda boleh menjamu selera dengan pelbagai hidangan ala bufet di Atmosphere 360 Menara KL.

(Sumber: Atmosphere 360 / Facebook)

Hanya pada Valentine’s Day, mereka mengadakan ‘Valentine’s Day Semi Buffet Dinner’ dari jam 7 malam hingga 10 malam. Restoran ini adalah pork-free tetapi menyediakan minuman beralkohol. Anda juga boleh mendapatkan minuman koktel istimewa dan meminta sejambak bunga ros untuk yang tersayang.

Waktu Beroperasi: 12 pm – 10 pm (Daily)

Harga: RM399 per pax (Buffet)

Lokasi: TH-02, Menara Kuala Lumpur, No.2, Jalan Punchak Off Jalan P. Ramlee, 50250 50250 Kuala Lumpur

Facebook


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd